Sunday, December 30, 2018

Anwar, Dr Mahathir terus bergeser?


Pergeseran antara kem Tun Dr Mahathir Mohamad dengan kumpulan Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh menjejaskan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan sekarang.




Walau James Chin tidak nampak ia akan melahirkan pertarungan terbuka tetapi pensyarah Universiti Tasmania itu memberi amaran ia boleh menghilangkan keyakinan pengundi.

“Untuk dua tokoh ini, taruhannya terlalu besar untuk menjadikannya konflik terang-terangan dan terbuka,” katanya kepada Malay Mail.

“Bahayanya pada mereka di luar Pakatan Harapan. Pengundi mungkin melihat gabungan ini tidak mampu mentadbir. Tanggapan ini, jika tidak dikendali, boleh menyebabkan PH kalah dalam pilihan raya.”

Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) Sivamurugan Pandian pula menggesa pemimpin pakatan itu mengkaji apa sebenarnya akar persoalan yang mencetuskan konflik tersebut.

“Sama ada ia akibat saling curiga penyokong-penyokong sahaja atau persoalan 'power' dan 'authority'.

“Sebarang konflik dalam boleh menjejaskan kepemimpinan kerana ia bermula dari dalam.”

Ketegangan antara dua kumpulan ini dispekulasikan makin meningkatkan apabila semakin ramai wakil-wakil rakyat Umno meninggalkan parti dan menyokong Dr Mahathir.

Namun spekulasi adanya ketegangan dalam diam-diam antara mereka berdua sudah mula wujud sejak awal proses peralihan kuasa Putrajaya pada malam 10 Mei lalu lagi.






No comments:

Post a Comment

Loading...