Tuesday, December 18, 2018

Adib meninggal dunia di IJN #Justice4Adib

LIHAT video: https://youtu.be/tXDTIHrBlhU
Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang parah dipukul sekumpulan perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, disahkan meninggal dunia.

Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 9.41 malam Isnin di Institut Jantung Negara (IJN).

Berita kematian Muhammad Adib disahkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

"Dukacita dimaklumkan Pegawai Bomba Muhammad Adib Kassim telah meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada jam 9.41 pm.

"Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman," katanya dalam satu kenyataan ringkas, malam Isnin.

Difahamkan, atas permintaan keluarga arwah, jenazah akan diuruskan di IJN sebelum dibawa pulang ke Kedah untuk dikebumikan di Kampung Tebengau Tepi Laut, Kuala Kedah di Kedah.

Pada Ahad, IJN dalam kenyataan menjelaskan keadaan kesihatan Muhammad Adib semakin merosot dan fungsi paru-parunya mengalami penurunan beransur-ansur sejak 24 jam lepas.

Selepas menjalankan penilaian menyeluruh, paru-paru anggota bomba itu didapati menunjukkan tanda-tanda konsolidasi dan pengerasan tisu, justeru menjadikan pertukaran gas tidak berkesan.

Dalam kejadian awal pagi 27 November lalu, Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dipercayai dipukul sekumpulan perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.

Dia dimasukkan ke unit jagaan rapi di Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby, Subang Jaya, kira-kira 1 pagi, sebelum dipindahkan ke IJN, Kuala Lumpur, pada keesokan malamnya.


http://pakdin.my/tag/kuil-seafield




No comments:

Post a Comment

Loading...