Monday, December 17, 2018

Adakah Laporan Audit Khas 1MDB dipinda?

Adakah Laporan Audit (Audit Report) atas Auditan Khas (Special Audit) terhadap 1MDB dipinda?

Jawapan saya TIDAK, sama dengan jawapan mantan Auditor General TS Ambrin Buang.

Najib, atas kapasiti PM (Auditee) mengarahkan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang melakukan auditan terhadap 1MDB (dibenarkan di bawah Akta Audit 1957) pada 4 Mac 2015.

'Entrance Conference' dibuat dahulu pada 10 Mac 2015 dengan auditee untuk kenal pasti objektif auditan. Kerja-kerja auditan ini dilakukan semasa Tan Sri Ambrin menjadi Ketua Audit Negara.

Selesai audit hasil auditan dihantar kepada auditee melalui surat Pemerhatian Audit (Audit Observations). Exit Conference debgan auditee diadakan.

Auditee menjawab secara bersurat tentang semua perkara yang dibangkitkan dalam surat Pemerhatian Audit itu dgn memberikan segala bukti atau dokumen bukti bagi mengukuhkan jawapannya itu.

Dalam penyediaan Laporan Audit (Audit Report) apa-apa perkara yang dibangkitkan dan telah diberi jawapan memuaskan tidak lagi menjadi isu atau signifikan lagi yang perlu dilaporkan dalam Laporan Audit. Ini diputuskan oleh Jawatankuasa Laporan Audit di mana Ketua Audit Negara adalah pengerusi jawatankuasa.

Laporan Audit ke atas Auditan 1MDB telah diserahkan kepada auditee pada 4 Mac 2016 semasa Tan Sri Ambrin Buang masih lagi menjadi Ketua Audit Negara. Tempoh kontraknya sebagai Ketua Audit berakhir dalam tahun 2017.

Pada hari Ahad, 25 November 2018 Ketua Audit semasa Tan Sri Madinah Mohamad yg mula memegang jawatan Ketua Audit Negara mulai 23 Februari 2017 mendakwa Laporan Audit dipinda atas arahan Najib.

Pada hemat saya mungkin dalam pejabat Auditor General itu sendiri ada musang berbulu ayam yg cuba mensabotaj reputasi dan integriti Dato Seri Najib sama ada atas arahan ataupun tersendiri.



Rujukan:
http://www.nst.com.my/node/437288

Oleh Abas Saad

http://pakdin.my/tag/1mdb

No comments:

Post a Comment

Loading...