SPR perlu kaji peraturan laksana PRK - Randau Sarawak

Breaking

Wednesday, September 12, 2018

SPR perlu kaji peraturan laksana PRK

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disaran untuk mengkaji semula peraturan penetapan berlakunya satu Pilihan Raya Kecil (PRK) membabitkan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang membabitkan perletakan jawatan yang disengajakan.

Ketua UMNO Cheras, Tan Sri Syed Ali Alhabshee berkata pindaan itu perlu dilakukan kerana peraturan sedia ada itu sudah tidak relevan disamping memperlihatkan SPR membiarkan mandat rakyat dicabuli.

“SPR perlu mengadakan undang-undang bagi menyekat atau menghalang mana-mana individu meletakan jawatan tanpa asas yang munasabah dan hanya berniat untuk memenuhi tuntutan politik.

“Saya berpendapat, mengadakan PRK disebabkan untuk memberi laluan kepada pihak lain atas dorongan politik merupakan tindakan khianat kepada pengundi dan membazirkan wang rakyat yang jumlahnya mencecah jutaan ringgit,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambahnya, SPR dan kerajaan disaran untuk menggubal undang-undang yang hanya membenarkan perletakan jawatan dan PRK dilakukan selepas dua tahun selepas PRU diadakan bagi tujuan penyandang menghormati prinsip demokrasi dan hak rakyat selaku pengundi.

Teka-teki kerusi yang akan dilepaskan oleh Ahli Parlimen PKR untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding sekaligus membuka laluan menjadi Perdana Menteri masih menjadi tanda tanya.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan pengumuman mengenai kerusi parlimen akan dibuat Rabu ini (esok).

Saifuddin berkata, kerusi yang akan dipilih oleh Anwar nanti merupakan kerusi paling selamat berdasarkan kajian serta mengambil kira keputusan pada PRU lalu.

Semalam, Ahli Parlimen PKR Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman menafikan mesej bahawa beliau akan mengosongkan kerusi bagi memberi laluan kepada Presiden PKR itu untuk bertanding.



..........

http://pakdin.my/tag/spr

No comments:

Post a Comment