Peluang temui remaja hilang di Gunung Singai masih ada - Randau Sarawak

Breaking

Saturday, September 22, 2018

Peluang temui remaja hilang di Gunung Singai masih ada

BAU: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini menjumpai petunjuk yang dipercayai boleh membantu menjejaki seorang remaja yang dilaporkan hilang di Gunung Singai sejak 17 September lepas.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Tiong  Ling Hii berkata, operasi SAR hari ini gagal menemui mangsa Stanley Khoo, 22, namun berjaya mengesan petunjuk baharu.

Menurut Tiong, operasi SAR hari ini ditangguhkan pada pukul 6.50 petang dan akan disambung semula pagi esok dan pencarian akan difokuskan di kawasan yang sudah dikenal pasti.

"Pasukan SAR percaya harapan untuk menemui mangsa hilang masih cerah memandangkan terdapat beberapa petunjuk baru seperti kesan tapak kasut, rebung yang telah dipecahkan dan dahan kayu di mana mangsa dipercayai berada di hutan berkenaan," kata Tiong.

Beliau menambah tumpuan SAR esok akan lebih fokus di kawasan yang dikenal pasti di kawasan gaung dan pencarian akan menggunakan tali turun dari arah atas ke bawah," kata Tiong. 

Kekuatan pasukan SAR hari ini terdiri daripada 266 orang termasuk 15 anggota bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (13), Pasukan Gerakan Am (tujuh), Rejimen Sempadan  (29), Kelab Kembara Anak Sarawak (10), Polis Diraja Malaysia (enam) dan 186 pengembara berjalan kaki .

Kesan rebung di pecah sebagai petunjuk
Kesan rebung di pecah sebagai petunjuk

No comments:

Post a Comment