Lim Guan Eng memburukkan negeri Kelantan - Randau Sarawak

Breaking

Tuesday, September 11, 2018

Lim Guan Eng memburukkan negeri Kelantan


Saya kurang senang dengan tindakan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang mengeluarkan kenyataan media khususnya untuk memburukkan dan menegur negeri Kelantan untuk kurangkan pergantungan kepada kerajaan persekutuan.

Guan Eng berkata Negeri Kelantan adalah penerima terbesar bantuan kewangan defisit dan bantuan kewangan pendahuluan daripada Kerajaan Persekutuan sejak tahun 2013 hingga 2017 dan tidak patut lagi bergantung kepada Kerajaan Persekutuan.

Ya, tak dapat dinafikan Kelantan adalah antara negeri paling miskin sekarang tetapi ini ekoran tindakan kerajaan BN terdahulu di bawah PM ke 4 yang menghentikan projek-projek pembangunan dan keperluan asas kerana ia jatuh di bawah kepimpinan parti lain pada 1990, sehingga tiada satupun lebuhraya atau infrastruktur air bersih yang sempurna.

Oleh itu, sumber pendapatan kerajaan Negeri adalah terhad.

Semasa saya menjadi Perdana Menteri, saya banyak menyalurkan peruntukan bagi memperbetulkan dan membangunkan negeri Kelantan baik dari segi infrastruktur pengangkutan (lebuhraya CSR, ECRL yang telah dibatalkan oleh PH), pembantuan fiskal, instrastruktur air, projek kumbahan (yang juga telah dibatalkan oleh PH baru-baru ini) ataupun penebatan banjir.

Tidak kira negeri itu di bawah parti pemerintah di Putrajaya ataupun tidak, kita tak patut pinggirkan mereka atas semangat 1Malaysia.

Walaupun negeri Pulau Pinang antara negeri yang paling maju dalam Malaysia sekian lama, saya juga telah menyalurkan dana RM650 juta bagi penstrukturan semula bekalan air dan geran RM1.3 bilion bagi memperbesarkan empangan Mengkuang,

Bantuan RM650 juta dari kerajaan persekutuan inilah yang sering disalahguna oleh kerajaan DAP sejak 2011, kononnya mereka berjaya mengurangkan hutang kerajaan negeri sebanyak 95% dan kononnya pandai mentadbir manakala BN tidak pandai.

Tiada salah untuk negeri yang telah berjaya untuk menolong negeri yang kurang berjaya. Kerajaan PH sudah banyak membantu peniaga yang suka mengelak cukai, ekonomi gelap dan orang kaya yang kebanyakkan di negeri yang kaya. Mengapa pula negeri yang miskin tidak mahu ditolong?
Yang miskin tidak patut dikecam mengapa mereka miskin dan dihukum dengan alasan tidak mahu menolong mereka lagi kerana mereka masih miskin.

Sebaliknya, mereka patut dibantu dengan lebih banyak. Bukan dihukum atau dimarah.

Najib Razak

.........
http://pakdin.my/tag/kelantan

http://pakdin.my/tag/pulau-pinang

https://pakdin.my/pru14-kebencian-mahathir-dan-dap-kepada-pantai-timur/

No comments:

Post a Comment