Langkah PD: Anwar 'beli' Port Dickson dengan harga RM25 juta - Randau Sarawak

Breaking

Sunday, September 16, 2018

Langkah PD: Anwar 'beli' Port Dickson dengan harga RM25 juta

Anwar Ibrahim, Pakatan Harapan, PKR, Politik, Port Dickson, PRK, Langkah PD, Patriot, Arshad Raji, Danyal Balagopal,

Kumpulan veteran angkatan tentera marah apabila Ahli Parlimen Port Dickson, Danyal Balagopal Abdullah, menjual kerusinya kepada Anwar Ibrahim dengan harga RM25 juta.

Seperti apa yang dikatakan oleh Brig-Gen (Rtd) Mohamed Arshad Raji, para veteran telah mendermakan wang yang banyak untuk kempen pilihan raya Danyal dalam PRU-14, yang dikatakan menelan belanja berjuta ringgit. Sekarang Danyal telah mengkhianati mereka dengan menjual kerusinya kepada Anwar.

THE CORRIDORS OF POWER

........................



Langkah PD: PATRIOT sekolahkan Danyal

Kumpulan veteran angkatan tentera PATRIOT membidas Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah, yang melepaskan jawatannya Rabu lalu dan menuduh bekas laksamana tentera laut itu mengkhianati kepercayaan pesara pasukan bersenjata.

Dalam satu kenyataan hari ini, presidennya, Datuk Mohamed Arshad Raji menegaskan bahawa terdapat perbezaan besar apabila bercakap sebagai ahli parlimen dan hanya menjadi pegawai yang berkhidmat di bawah seorang ahli parlimen.

"Danyal hanya bidak di papan catur yang digunakan dalam permainan politik untuk dipergunakan oleh parti.

"Ini cara veteran dan Patriot melihat permainan itu. Kami kecewa dengan peletakan jawatannya sebagai wakil rakyat yang dipilih ke Parlimen," katanya.

Bidasan Arshad itu susulan kepada kenyataan Danyal, seorang bekas laksamana dalam Tentera Laut Diraja Malaysia yang semalam berkaya bahawa peletakan jawatannya sebagai ahli parlimen Port Dickson tidak akan mengketepikan kepentingan pesara dari angkatan bersenjata.

Katanya, beliau akan terus berkhidmat sebagai pegawai di bawah Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang akan bertanding di itu, dan terus menjaga kebajikan para tentera sama ada yang masih berkhidmat mahupun mereka yang telah bersara.

Rabu lalu, Danyal mengumumkan mengosongkan kerusi Port Dickson bagi memberi laluan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding pada pilihan raya kecil dan seterusnya ke parlimen.

Danyal memenangi kerusi Port Dickson dengan majoriti 17,710 undi pada pilihan raya umum ke-14 dengan memperoleh 36,225 undi berbanding 18,515 undi (BN) dan 6,594 undi (PAS).

...........
Rujukan:

Langkah PD: Kenyataan Zuraida membayangkan PKR bergolak serius
http://pakdin.my/?p=78640

Anwar tanding Parlimen Port Dickson
http://pakdin.my/?p=78635

No comments:

Post a Comment