Batalkan semua projek jika tak mahu lihat kebaikan BN - Randau Sarawak

Breaking

Friday, September 14, 2018

Batalkan semua projek jika tak mahu lihat kebaikan BN

Kerajaan PH dicabar membatalkan segala program yang telah dilaksanakan kerajaan BN selama 60 tahun sekiranya mereka berpendapat ia tidak memberi sebarang manfaat kepada rakyat dan negara.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Madzhir Khalid berkata, kerajaan PH tidak perlu memberi pelbagai alasan seperti membatalkan program Biasiswa MyBrain dengan alasan belum menerima peruntukan daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Kementerian Kewangan.

“Mereka kalau boleh nak batalkan semua yang telah dibuat kerajaan BN dahulu. Mereka tidak mahu tengok (kebaikan) yang telah dibuat. Pendapat saya, jika ada kewajaran untuk dibatalkan, eloklah dibatalkan. Jika baik untuk anak bangsa, eloklah diteruskan.

“Tak perlu bagi alasan dengan berkata berlaku ketirisan ketika BN mentadbir, negara tidak cukup duit. Kalau nak perintah negera, mereka pasti sudah tahu apa yang hendak dibuat, tak perlu bagi alasan. Semua alasan di letak atas kerajaan dahulu.

“Mungkin mereka lupa, 60 tahun kerajaan dulu mentadbir negara, 22 tahun adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri. Tak perlu beralasan kerana kerajaan BN dulu. Apa yang elok pada kerajaan, buatlah, jika tidak batal semua sekali.

“Kalau paling tak elok, batallah ketiga-tiga sekolah (sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan India) sebab BN yang tubuhkan. Kalau berani buatlah ‘sekolah kebangsaan Malaysia Baru’ yang campurkan sekali pelajar ketiga sekolah itu. Kalau berani buatlah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika siaran langsung Diskusi U3.0 bertajuk ‘Pendidikan di Malaysia dan Kasut Hitam’ menerusi laman rasmi Facebook UMNO Online yang menampilkan Datuk Dr Azizan sebagai moderator.
Sementara itu, ditanya mengenai pelaksanaan pemakaian kasut hitam yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan, bekas Menteri Pendidikan itu berkata, ia adalah cadangan yang tidak rasional dan bukan perkara yang baru untuk dilaksanakan.

“Tiada rasionalnya mengenai pemakaian kasut hitam itu. Ceritanya dia (Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik) hanya nak buat pembaharuan, dulu putih sekarang hitam…itu sahaja.Tapi sekolah berasrama penuh, pengawas dan pengawas perpustakaan di sekolah harian telah lama memakai kasut hitam.

“Sudah berpuluh tahun perkara ini, dia baru datang (jadi menteri), sebelum ini jadi pensyarah, tak bertanya orang, itulah jadinya. Tiada apa-apa (rasional). Tak tahulah kalau dia nak mula belajar daripada kasut, orang mula belajar daripada otak. Kasut hitam atau putih,tiada masalah,” katanya.

Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap itu turut menafikan dakwaan bahawa terdapat segelintir golongan pendidik yang berkempen untuk menjatuhkan BN kerana provokasi yang dibuat olehnya.

“Saya pernah beri ingatan ketika berucap, bukan dalam bentuk rasmi. Saya berkata dalam ucapan itu ‘kamu (pendidik) jangan sampai naik pentas pembangkang, kamu sebagai pegawai kerajaan…jangan siang kamu mengajar, malan naik atas pentas’. Saya pernah cakap begitu.

“Bila tiba PRU, terdapat sejumlah guru yang memohon untuk bersara awal atau berhenti 24 jam bagi membolehkan mereka bertanding dalam pilihan raya,” katanya.


No comments:

Post a Comment