Wanita rugi lebih RM1,000 ditipu melalui WeChat - Randau Sarawak

Breaking

Sunday, August 5, 2018

Wanita rugi lebih RM1,000 ditipu melalui WeChat

MIRI: Seorang wanita mengalami kerugian lebih RM1,000 selepas dipercayai ditipu individu tidak dikenali menerusi aplikasi WeChat, Khamis lalu.

Menurut sumber, wanita berusia dalam lingkungan 20-an dan bekerja sebagai juruwang itu terdahulu menerima satu pesanan ringkas melalui aplikasi tersebut kira-kira jam 6.30 petang.

“Pesanan itu telah menyuruh mangsa memasukkan wang lebih RM1,000 ke dalam satu akaun bank.

“Mangsa dikatakan menggunakan komputer untuk melakukan transaksi dalam talian dengan memindahkan sejumlah wang ke akaun tersebut,” kata sumber.

Difahamkan, mangsa bertindak memindahkan wang tersebut kerana menyangka pesanan ringkas tersebut adalah daripada majikannya.

Bagaimanapun, selepas dihubungi, majikannya memaklumkan tidak pernah menghantar pesanan melalui WeChat untuk menyuruh mangsa membuat sebarang pembayaran kepada orang lain.
Berasakan telah ditipu, mangsa kemudiannya terus membuat laporan polis di balai polis berdekatan untuk siasatan lanjut.

No comments:

Post a Comment