[Video] Dakwaan BN 'rompak' wang GST: Khairy buat laporan polis - Randau Sarawak

Breaking

Thursday, August 9, 2018

[Video] Dakwaan BN 'rompak' wang GST: Khairy buat laporan polis



Ahli Parlimen Rembau membuat laporan polis berhubung dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa kerajaan Barisan Nasional 'merompak' RM18 bilion wang tuntutan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Khairy tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini kira-kira pukul 2 petang Khamis.

Beliau membuat laporan polis sebelum bertemu pegawai penyiasat.

Bercakap kepada pemberita sebelum meninggalkan bangunan itu kira-kira pukul 3.10 petang, Khairy berkata beliau membuat laporan polis supaya polis akan menyiasat dakwaan tersebut.

"Beliau (Lim) mendakwa bahawa kerajaan sebelumnya telah merompak RM18 bilion dalam pembayaran balik GST.

"Ini menunjukkan bahawa jenayah telah dilakukan dan apabila saya bertanya kepada Menteri Kewangan jika ada tindakan akan diambil, beliau berkata siasatan dalaman akan dijalankan.

"Saya tidak fikir ia mencukupi sebab itulah saya buat laporan polis hari ini.

"Saya akan buat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok," katanya.

Pada Rabu, ketika membentangkan RUU GST (Pemansuhan) 2018 di Dewan Rakyat, Guan Eng mendedahkan sejumlah RM18 bilion pengembalian cukai GST didakwa telah 'dirompak' kerajaan BN sebelum ini.


https://youtu.be/c3KwTwASduM .

............
http://pakdin.my/tag/gst

http://pakdin.my/menteri-kewangan-malaysia-bengap-bongok-bengong-bodoh-dan-yang-sewaktu-dengannya/

No comments:

Post a Comment