“Tora” Lim Guan Eng Datang Lagi Dengan Cerita Berbilion Ringgit - Randau Sarawak

Breaking

Wednesday, August 29, 2018

“Tora” Lim Guan Eng Datang Lagi Dengan Cerita Berbilion Ringgit

1. Lim Guan Eng perlu dedahkan dengan siapa Kastam dan LHDN berhutang berpuluh bilion ringgit. Bagaimana ia boleh jadi sedemikian dan sejak bila hutang tersebut wujud.

2. Selepas kisah tuntutan semula GST, hari ini beliau mendakwa kerajaan BN sebelum ini gagal mengembalikan cukai pendapatan dan cukai keuntungan harta tanah yang terlebih bayar sebanyak RM16.046 bilion sejak enam tahun dahulu. 

3. Selama ini kita semua diberitahu LHDN merupakan agensi cukai paling cepat membayar tuntutan semula. Malah sejak 5 tahun lalu saya sentiasa menerima bayaran semula lebihan cukai dalam tempoh sebulan selepas penyerahan borang BE.

4. Jadi bila ada dakwaan serius seperti ini ia mermerlukan pendedahan sepenuhnya siapa yang tidak dibayar oleh Kastam dan LHDN dan mengapa ia boleh berlaku.

5. Rakyat wajar was-was sama ada tunggakan ini benar atau hanya wujud selepas pilihan raya umum kerana Pakatan mahu memberi wang kepada kroni-kroni mereka.

6. Selepas menang pilihan raya lalu, Tun Mahathir pernah memberitahu umum bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinannya akan cuba mengganti semula wang yang dikutip oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri ke atas syarikat-syarikat yang kononnya didakwa terniaya dikenakan cukai lebih kerana menyokong Pakatan Harapan.

7. Dr Mahathir berkata Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menekan peniaga dan individu berkenaan walaupun mereka telah membayar cukai dan mempunyai dokumen yang menunjukkan bukti pembayaran.

8.  Kata beliau lagi, “Ini adalah satu cara menggugut mereka supaya mereka tidak boleh derma kepada parti lawan umpamanya.”

9. Siasatan kegagalan pembayaran tunggakan ini harus dijalankan oleh Surujanjaya Di Raja dan diadakan secara terbuka.  Ini kerana Kerajaan hari ini mempunyai kepentingan yang sangat besar untuk memanipulasi wang pembayaran balik cukai ini.

10. Cerita tunggakan cukai berbilion ini sangat aneh dan menimbul syak wasangka besar kemungkinan terdapat unsur tidak telus dalam pembayaran semula cukai pada masa akan datang kepada syarikat dan ahli korporat tertentu.

11. Adakah sejak 100 hari lalu Kastam dan LHDN telah diarah meluluskan tuntutan semula yang tidak sepatutnya lulus?

Ab Jalil Backer 



***********
Rujukan:
http://pakdin.my/tag/lim-guan-eng

No comments:

Post a Comment