'Rompak'wang tuntutan GST: Bekas KSU Perbendaharaan buat laporan SPRM - Randau Sarawak

Breaking

Friday, August 10, 2018

'Rompak'wang tuntutan GST: Bekas KSU Perbendaharaan buat laporan SPRM

Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di ibu pejabat suruhanjaya itu berhubung isu bayaran balik cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bernilai RM18 bilion yang didakwa ‘dirompak’.

Menurut Mohd Irwan yang ditemui di hadapan bangunan SPRM kira-kira jam 11.38 pagi, beliau membuat laporan kepada SPRM kerana dakwaan ‘merompak’ berkenaan tidak berasas.

“Saya buat laporan berkenaan RM18 bilion itu... benda (dakwaan) itu tak berasas. Pasal dia (Guan Eng) kata kehilangan (wang RM18 bilion yang sepatutnya untuk bayaran balik GST).

“Benda (wang) itu tak hilang cumanya masuk ke dalam akaun amanah... jadi saya buat laporan jelaskan perkara ini,” katanya yang hadir secara bersendirian ke Ibu Pejabat SPRM, hari ini.

BACA: Irwan Siregar – Tiada Wang Bayaran Balik GST Yang Hilang https://pakdin.my/irwan-siregar-tiada-wang-bayaran-balik-gst-yang-hilang/

Mohd Irwan ketika ditanya sama ada beliau menyerahkan sebarang dokumen kepada pihak SPRM, bagaimanapun menyatakan tiada dokumen diserahkan dan kesemua dokumen berada di Kementerian Kewangan.

Kelmarin, Guan Eng mendakwa bahawa kerajaan sebelum ini telah menyalahgunakan RM18 bilion daripada RM19.4 bilion bayaran balik GST yang telah dikutip sejak sistem itu diperkenalkan.


........

Rujukan:

https://pakdin.my/menteri-kewangan-malaysia-bengap-bongok-bengong-bodoh-dan-yang-sewaktu-dengannya/

https://pakdin.my/menteri-kewangan-malaysia-bengap-bongok-bengong-bodoh-dan-yang-sewaktu-dengannya/

http://pakdin.my/tag/lim-guan-eng

http://pakdin.my/tag/gst

https://www.google.com/search?q=Tipu+Tuntutan+GST

No comments:

Post a Comment