Rompak wang tuntutan GST: Lim Guan Eng secara tidak langsung menuduh Kastam terlibat merompak - Randau Sarawak

Breaking

Friday, August 10, 2018

Rompak wang tuntutan GST: Lim Guan Eng secara tidak langsung menuduh Kastam terlibat merompak

Ketua Pengarah Kastam telah keluarkan kenyataan media berkenaan RM19.4 bilion yang kononnya dirompak oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

Menurut beliau sejak GST dilaksanakan pada 1 April 2015 sehingga 31 Mei 2018 sejumlah RM63.5 bilion "refund" atau kredit cukai input telah dibayar kepada peniaga.

KP Kastam juga menyatakan bahawa jumlah tuntutan berdasarkan kepada Borang GST-03 adalah berjumlah RM82.9 bilion. Tolak jumlah RM63.5 bilion adalah RM19.4 bilion yang dikatakan "dirompak" oleh BN. Ini bermakna Kastam membayar 76.5% daripada tuntutan refund oleh peniaga sepanjang pelaksanaan GST.

Refund kena "rompak" tapi, 76.5% atau RM63.5 bilion dah dibayar kepada peniaga. Memang baik hati juga perompak bernama Barisan Nasional ni.

Saya ucapkan terima kasihlah kepada KP Kastam kerana sahkan bahawa majoriti (76.5%) tuntutan refund GST ini memang dibayar oleh Kerajaan sebelum ini dan diterima oleh peniaga.

Saya juga ucapkan terima kasih kerana mengesahkan amalan tatacara kewangan kerajaan bahawa semua hasil GST dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan (consolidated fund) sebelum dipindahkan ke Tabung Amanah Pembayaran Semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (refund GST).

Tapi KP Kastam perlu menghuraikan daripada RM19.4 bilion atau 23.5% tuntutan refund yang belum dibayar, yang manakah disebabkan dokumen yang tidak lengkap, tuntutan yang meragukan dan tuntutan yang masih dalam peringkat audit atau penyiasatan?

KP Kastam juga perlu memperincikan butiran berapakah refund yang Kastam mohon kepada Mesyuarat Tabung Amanah Bulanan yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, dan berapakah yang diluluskan setiap bulan.

Ini kerana hanya memaklumkan angka besar refund berjumlah RM82.1 bilion tidak memberikan gambaran sebenar permohonan dan kelulusan yang dibuat oleh mesyuarat tabung amanah tersebut.

Saya juga berharap KP Kastam tidak berada di bawah apa-apa tekanan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng untuk mengeluarkan kenyataan demi kepentingan politik parti pemerintah.

Lim Guan Eng secara tidak langsung sebenarnya menuduh bahawa Kastam juga terlibat dalam "perompakan" RM19.4 bilion.

Adalah lebih baik Ketua Pengarah Kastam menghuraikan butiran yang lebih mendalam demi menjaga kepentingan awam dan bukannya kepentingan politik parti pemerintah.
...........
Rujukan: Kenyataan Media Jabatan Kastam Diraja Malaysia 10 Ogos 2018: https://www.facebook.com/196384887097432/posts/1898739066861997/
.........


https://pakdin.my/rompakwang-tuntutan-gst-bekas-ksu-perbendaharaan-buat-laporan-sprm

https://pakdin.my/irwan-siregar-tiada-wang-bayaran-balik-gst-yang-hilang

https://pakdin.my/menteri-kewangan-malaysia-bengap-bongok-bengong-bodoh-dan-yang-sewaktu-dengannya/

http://pakdin.my/tag/lim-guan-eng

http://pakdin.my/tag/gst

https://www.google.com/search?q=Tipu+Tuntutan+GST

No comments:

Post a Comment