Ribut Pasir & Hujan Arafah: Jemaah Haji Malaysia selamat - Tabung Haji - Randau Sarawak

Breaking

Monday, August 20, 2018

Ribut Pasir & Hujan Arafah: Jemaah Haji Malaysia selamat - Tabung Haji



Lembaga Tabung Haji (TH) ingin memaklumkan bahawa telah berlaku ribut di Arafah bermula pukul 6:30 petang sehingga 8:00 malam 29 (waktu Arab Saudi), 20 Ogos 2018.

"Semasa kejadian ribut dan hujan tersebut, pihak bomba telah mengarahkan bekalan elektrik ditutup bagi menjaga keselamatan para jemaah haji yang berada di Arafah," jelas YBhg. Dato' Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Ketua Rombongan Haji Malaysia 1439H|2018M.

“Pemeriksaan menyeluruh telah dilaksanakan di setiap maktab dan terdapat beberapa khemah jemaah haji Malaysia mengalami kerosakan dan kini dalam proses baik pulih oleh pihak Muassasah Asia Tenggara," kata beliau lagi.

Semua jemaah haji Malaysia berada dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Bekalan eletrik di sambung semula secara berperingkat mulai pukul 10:45 malam.

Waris dan orang ramai tidak perlu bimbang dengan keadaan jemaah haji Malaysia yang kini berada di Arafah.

Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan
Lembaga Tabung Haji
LIHAT video: https://youtu.be/n93MyEnV3A8

No comments:

Post a Comment