Peranti radioaktif hilang - boleh digunakan membuat bom - Randau Sarawak

Breaking

Tuesday, August 21, 2018

Peranti radioaktif hilang - boleh digunakan membuat bom

Polis dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom sedang mencari sebuah peralatan radioaktif yang hilang kerana khuatir ia akan digunakan untuk membuat bom kotor (dirty bomb) jika jatuh ke ‘tangan’ yang salah.

Pihak berkuasa juga bimbang bahawa peranti penyebaran radioaktif (RDD) itu mungkin dibuka untuk mendapatkan bekas logamnya dan ini boleh menyebabkan pendedahan radiasi besar-besaran.

Akhbar The New Strait Times melaporkan bahawa peranti itu milik sebuah syarikat swasta, dan mengandungi isotop radioaktif Iridium-192, yang memancarkan radiasi beta dan gamma serta mempunyai separuh hayat selama 73 hari.

Tidak ada risiko pendedahan radioaktif selagi isotop berkenaan tersimpan dalam bekas logamnya.

Peranti RM75,000 itu milik sebuah syarikat swasta yang menawarkan perkhidmatan ujian, penentukuran dan pemeriksaan ke industri berat termasuk industri minyak dan gas, serta loji kuasa.

Laporan itu memetik sumber bahawa RDD digunakan oleh dua juruteknik syarikat berkenaan untuk kerja-kerjanya di Seremban.

Selepas menamatkan tugas, mereka dilaporkan memuatkan alat 23kg itu di belakang trak dan menuju ke pejabat mereka di Shah Alam pada jam 2 pagi.

Alat peranti itu didapati hilang apabila mereka tiba sejam kemudian.

Kedua-dua mereka mendakwa tidak berhenti dalam perjalanan mereka dan bimbang bahawa ia mungkin terjatuh dari trak semasa memandu.

Kehilangan itu telah dimaklumkan kepada pihak lebuh raya PLUS, AELB dan pencarian telah dijalankan di antara jalan Senawang dan Seafield tetapi tidak berhasil.


No comments:

Post a Comment