Nepotisme: Anak Lim Kit Siang dilantik jadi Senator - Randau Sarawak

Breaking

Thursday, August 16, 2018

Nepotisme: Anak Lim Kit Siang dilantik jadi Senator

Anak perempuan kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Lim Hui Ying dilantik menjadi Ahli Dewan Negara penggal 2018-2022.

Hui Ying yang merupakan Setiausaha DAP Pulau Pinang dan adik perempuan kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng diusulkan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang untuk jawatan itu.

Selain daripada Hui Ying, DUN Pulau Pinang juga meluluskan bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff sebagai Ahli Dewan Negara yang baru.

Kedua-dua mereka akan menggantikan Siti Aishah Shaik Ismail dan Dr Ariffin S M Omar yang tamat tempoh perkhidmatan sebagai Ahli Dewan Negara pada 1 Jun 2018.

Usul pelantikan itu dicadangkan sendiri oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan disokong Dr Afif Bahardin (PKR- Seberang Jaya).

Cadangan itu kemudian mendapat persetujuan sebulat suara oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) petang tadi.

Hui Ying yang menyertai DAP pada 1999 mula berjinak-jinak dengan dunia politik dengan lebih mendalam semenjak abangnya Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang pada tahun 2008.


No comments:

Post a Comment