Negara Berpendapatan tinggi - Randau Sarawak

Breaking

Tuesday, August 14, 2018

Negara Berpendapatan tinggi

Ada juga yang tidak percaya apabila saya mendedahkan baru-baru ini bahawa antara punca Tun Mahathir tidak senang dengan saya ialah kerana dia dan rakan-rakan peniaga beliau tidak suka dengan polisi kerajaan saya untuk menaikkan gaji.

Harii ini, Tun Mahathir membuktikannya apabila dia berucap dalam perhimpunan dengan penjawat awam bahawa gaji tinggi tidak akan menjadikan negara kaya.

Pendirian Tun Mahathir ialah gaji tidak perlu tinggi asalkan kuasa membeli lebih besar. Malah, Tun Mahathir pernah menyatakan sebelum ini bahawa beliau tidak yakin Malaysia mampu mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Hari ini, beliau juga memberi contoh sebuah negara jiran (yang besar kemungkinan adalah Singapura) yang mempunyai kadar gaji yang tinggi.

Saya sukar untuk memahami mengapa Tun Mahathir berkata Singapura bukan negara kaya dan rakyatnya hanya mampu membeli barangan dari tepi jalan tetapi ini secara jelas menunjukkan cara pemikiran yang berbeza antara kami berdua.

Saya berkeyakinan pada situasi di mana gaji rendah masih boleh memiliki kuasa membeli yang tinggi hanya jika kita terlibat dalam pembuatan atau pengilangan atau pertumbuhannya dilakukan di negara kita sendiri, iaitu sebagai contoh membeli kenderaan buatan Malaysia, menggunakan telefon pintar buatan negara ini dan lain-lain.

Bagaimanapun, pendapat saya pula ialah keutamaan perlu diberi untuk menaikkan gaji golongan B40 supaya jurang pendapatan dapat dirapatkan.

Saya juga percaya bahawa kita sekarang hidup dalam dunia globalisasi dan bagi membolehkan rakyat Malaysia menikmati tahap kehidupan (standard of living) yang lebih tinggi dan bergerak bebas ke negara lain sebagai "global citizen", Malaysia seharusnya menjadi negara berpendapatan tinggi. 

Perlindungan yang melampau dan berkempompong dalam dunia sendiri sahaja serta gaji yang rendah hanya akan membawa kita kepada taraf kehidupan yang rendah bagi rakyat Malaysia. 

Apapun, sekarang ini adalah kerajaan Tun Mahathir dan terpulang kepadanya bagaimana untuk meneraju negara ini dan apa visi yang beliau mahu untuk negara tercinta.

(Saya tulis posting ini dalam perjalanan kereta saya balik ke Kuala Lumpur dari Pekan. Agak letih tetapi belum sampai mengantuk namun saya rasakan rakyat perlu mengetahui pendirian saya mengenai negara berpendapatan tinggi.)



.........
Najib Razak
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10155524679515952&id=157851205951
.........
Rujukan:
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/08/13/gaji-tinggi-tak-jadikan-negara-kaya-kata-dr-m/

No comments:

Post a Comment