Mahathir sahkan tiada kenaikan gaji penjawat awam - Randau Sarawak

Breaking

Sunday, August 12, 2018

Mahathir sahkan tiada kenaikan gaji penjawat awam

'Sepatutnya pada bulan Julai tahun ini semua penjawat awam sudah menerima kenaikan satu tangga gaji KGT sebagaimana diumumkan oleh bekas Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib dalam MAPPA 2018 pada 4 April 2018.'

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan kerajaan tidak akan menaikkan gaji penjawat awam di negara ini walaupun 100 hari kerajaan PH berkuasa.

Kata Perdana Menteri, ini kerana jumlah kakitangan awam yang ada hari ini adalah ramai iaitu 1.6 juta orang selain faktor kekangan kewangan.

“Sekarang bukan masa tepat untuk kita memberi gaji lebih tinggi kepada penjawat awam.

“Kami mempunyai dasar dan tidak dapat melakukan dengan segera. Kami majikan yang besar,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kepemimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Yayasan Selangor.

BACA: Penjawat Awam Yang Sokong Mahathir Ibarat Sedang Gali Kubur Sendiri http://pakdin.my/penjawat-awam-yang-sokong-mahathir-ibarat-sedang-gali-kubur-sendiri/

Dr Mahathir berkata, peningkatan gaji juga perlu seiring dengan peningkatan produktiviti.

Kenyataan Dr Mahathir adalah konsisten sebagaimana tulisan beliau dalam blognya Chedet pada 2 Mei 2012 bahawa beliau menyatakan Malaysia sudahpun mempunyai gaji yang tinggi di ASEAN setelah Singapura dan menaikkan gaji minima akan menyababkan pelabur dan orang asing memindahkan kilang mereka keluar dari Malaysia.

Sepatutnya pada bulan Julai tahun ini semua penjawat awam sudah menerima kenaikan satu tangga gaji KGT sebagaimana diumumkan oleh bekas Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib dalam MAPPA 2018 pada 4 April 2018.

Sementara itu kerajaan PH melalui Menterinya Kulasegaran mengumumkan kadar janji gaji minimum baharu sektor swasta kepada RM1,500 sebulan sebagaimana yang termaktub dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) dalam tempoh 100 hari ditangguhkan dan diselesaikan dalam tempoh 5 tahun agar tidak membebankan majikan.

“Kita bukan naikkan RM1,500 sekali gus. Jika kita lakukan sedemikian akan menyusahkan syarikat swasta kerana pendapatan mereka akan berkurangan sehingga menyebabkan perniagaan tidak boleh beroperasi,” katanya.


.......................
http://pakdin.my/tag/penjawat-awam

No comments:

Post a Comment