Lebuh Kuantan: China dijual kepada Malaysia? Persoalan terjawab - Randau Sarawak

Breaking

Thursday, August 30, 2018

Lebuh Kuantan: China dijual kepada Malaysia? Persoalan terjawab

Rakyat Malaysia pernah menuduh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjual negara kepada Malaysia susulan pembinaan Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) yang telah dilancarkan pada Mei 2013.

Najib menerusi akaun facebooknya berkata, MCKIP di Kuantan merupakan Taman Perindustrian berkembar dengan Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia (CMQIP) yang terletak di bandar Qinzhou di negara China.

“Jalan besar yang telah diberi nama Lebuh Kuantan ada di CMQIP. MCKIP dimiliki oleh Malaysia dengan pegangan 51% saham manakala syarikat-syarikat dari China dengan 49%.

“CMQIP di Qinzhou yang kini sudah sangat berjaya pula dimiliki oleh China dengan 51% pegangan saham dan 49% oleh Malaysia dengan keluasan sebesar 55 kilometer persegi – iaitu tiga kali ganda lebih besar daripada MCKIP di Kuantan.

“Ya, keluasan CMQIP ialah 55 kilometer persegi. Walaupun CMQIP begitu besar dan ada jalan yang bernama Lebuh Kuantan di sana, rakyat China tidak mengadu bahawa China sudah dijual kepada Malaysia,” katanya pada Selasa.

Semalam, Najb yang juga Ahli Parlimen Pekan turut melahirkan rasa gembira kerana projek bersama negara China yang telah menjadi bahan fitnah sebelum PRU14 terhadap kerajaan BN telah diperbetulkan, selama ini perkara baik dituduh sebagai buruk.

“Sebelum PRU14, Tun Mahathir pernah ke sana (Kuantan) untuk membuat video dengan mendakwa “Tembok Besar China Kuantan” yan mengelilingi seluruh MCKIP. Oleh kerana video Tun Mahathir itu, ramai yang menuduh saya telah kononnya ‘jual negara’ kepada negara China.

“Saya ada membaca tiga hari lalu akan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, akhirnya mengesahkan bahawa tembok ini hanya mengelilingi kilang Alliance Steel sahaja dan bukan seluruh taman perindustrian sebagaimana tuduhan Tun Mahathir.

“Kilang besi bukan tempat selamat buat orang awam keluar masuk dengan mudah. Oleh itu, bukan sesuatu yang mengejutkan jika kilang itu membina tembok sebagai langkah pengawalan dan keselamatan.

“Ini dah diperjelaskan sebelum ini tapi tenggelam dengan fitnah disebar PH. Fuziah memberitahu wartawan bahawa beliau akan menjelaskan kepada Tun Mahathir tidak lama lagi dan turut mengakui bahawa ramai dari kawasan parlimen beliau menghargai peluang pekerjaan di MCKIP dan tidak mahu pekerjaan mereka terjejas,” katanya.


  LIHAT VIDEO: Munafik ini sekarang berada di China mengemis pelaburan pedagang China untuk jual negara https://youtu.be/MSbP2o8fImU



.........
Rujukan:
http://pakdin.my/tag/mckip
http://pakdin.my/tag/mahathir
http://pakdin.my/video-munafiktua-berada-di-china-mahu-jual-negara/
https://pakdin.my/anak-muda-kuantan-berpusu-pusu-merebut-peluang-pekerjaan-di-malaysia-china-kuantan-park-mckip/
https://pakdin.my/perasmian-lebuh-kuantan-di-qinzhou-cina-jual-negara-kepada-malaysia/
http://pakdin.my/mahathir-sembunyi-kebenaran-mckip-qinzhou-industrial-park-berniat-menghasut/
http://pakdin.my/taman-perindustrian-malaysia-china-kuantan-mckip-taman-industri-berkembar/
http://pakdin.my/bandaraya-persahabatan-jalan-gebeng-dinamakan-jalan-qinzhou-dan-jalan-di-qinzhou-dinamakan-jalan-kuantan/

2 comments: