Professor Ramlah Adam dalam satu
kuliahnya Khamis lalu menyebut betapa masyarakat kita terutama
masyarakat Melayu cukup malas membaca, Ia satu pemerhatian yang ada
kebenarannya.
Dizaman media baru ini banyak sekali budaya ‘copy & paste’, tanpa membaca. Kalau baca pun, sekadar baca tajuk.
BACA: Komen mencerca berdasarkan tajuk tanpa melihat berita sebenar https://pakdin.my/komen-berdasarkan-tajuk-tanpa-melihat-berita-sebenar/
Satu
analisa bagaimana merebaknya ‘Arab Spring’ yang menghuru harakan negara
Arab menunjukkan senjata utama ialah ‘Media Baru Dan Internet’, ia
banyak ditaja oleh elemen pro Zion.
Apakah
mungkin kerana bangsa Arab dulu malas membaca dan hidup berpecah belah
dalam suasana ‘Asabiyyah’ yang tebal maka turun perintah ‘Iqrak’ ia ini
bacalah kepada mereka melalui Rasulullah SAW?
Budaya
ini makin meluas kalangan orang Melayu kini seperti pemerhatian Prof
Ramlah Adam. Ketagihan pada berita sensasi, ‘fake news’ dan seumpamanya
termasuk memilih untuk membaca ‘caption’ dan membuat konklusi dengannya.
Baru
baru ini IRI (International Republican Institute) yang berpengkalan di
USA membuat pengakuan mereka sejak tahun 2002 telah bekerjasama dengan
pembangkang di Malaysia untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.
BACA: Video Pengakuan NGO Asing membiayai usaha menjatuhkan BN sejak 2002 https://pakdin.my/video-pengakuan-ngo-asing-membiayai-usaha-menjatuhkan-bn-sejak-2002/
Umum
mengetahui antara cara yang di gunakan ialah dengan membiayai Media dan
Portal tertentu. Ternyata usaha agent ‘Pro Zion’ ini sangat berjaya.
Baru
baru ini terdedah pula berita bagaimana ratusan mungkin ribuan akaun
‘facebook’ dan ‘Whatsapp’ serta ‘twitter’ yang menyamar menggunakan nama
Melayu dan Islam, walau sebenarnya individu tersebut bukan Melayu dan
bukan Islam.
Tugas
mereka ialah mempengaruhi perbualan maya untuk memecah belahkan orang
Melayu dan Islam. Dalam semua episod ini, nampaknya orang Melayu dan
generasi muda menjadi mangsa.
Justeru
itu, berhati hatilah. Banyak bidalan Melayu yang boleh jadi
peringatan.. Seperti Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tidak
Berguna, banyak ayat ayat Al Quran dan hadis memperingati supaya berhati
hati dengan berita palsu.
Kerajaan
Pakaran Harapan yang terbukti ditaja oleh agen-agen yang telah membuat
pengakuan terbuka, semakin ketara dan mula melaksana agenda yang selari
dengan dasar penajanya.
Maka sudah pasti ‘liberalisma’, ‘pluralisma’, ‘sosialisma’, hatta ‘komunisma’ tidak menjadi halangan lagi.
Malah
undang undang seperti SOSMA dan Anti Berita Palsu pasti di hapuskan
agar agent-agent penaja ‘pro zion’ dan ‘pro sosialis’ serta ‘pro
underworld’ boleh bergerak bebas.
Sistem
percukaian ‘pro Towkeh’ dan ‘pro black economy’ di bawa masuk, kiblat
ekonomi pro US dalam ‘trade war ‘ US-CHINA dan berbagai lagi.
Ini benar benar Malaysia Baru, tinggal lagi yang baru itu ‘APA DAN MEMBAWA KITA KE MANA’?
No comments:
Post a Comment