Jahilnya pemimpin UMNO yang gagal mengenalpasti seorang Khalifah di kalangan mereka sendiri - Randau Sarawak

Breaking

Friday, August 17, 2018

Jahilnya pemimpin UMNO yang gagal mengenalpasti seorang Khalifah di kalangan mereka sendiri



TTF: Mulia sungguh pemimpin-pemimpin PAS kerana memperingati dan menyanjungi jasa-jasa serta sumbangan Dato’ Seri Najib Tun Razak terhadap umat Islam dan institusi-institusi Islam di negara ini (sila lihat klip berita di bawah).

Sesungguhnya, Najib merupakan Khalifah Islam terulung yang pernah menerajui kepimpinan negara, apatah lagi dengan kewibawaan beliau menyatukan ummah dan memartabatkan Islam di negara ini.

Apakah yang tidak diusahakannya, sedangkan beliaulah yang berhasrat untuk menubuhkan Universiti Al-Quran dan berjaya melaksanakan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara, dasar yang sememangnya diwujudkan bagi membimbing ummah ke arah landasan Islam yang betul.

BACA: Bukti bahawa DS Najib merupakan Khalifah Islam terulung yang pernah terajui kepimpinan negara https://pakdin.my/bukti-bahawa-ds-najib-merupakan-khalifah-islam-terulung-yang-pernah-terajui-kepimpinan-negara/

1. Tahukah anda bahawa beliau berhasrat untuk menubuhkan Universiti Al-Quran?

2. Tahukah anda bahawa di bawah pentadbiran DS Najib, julung kali diwujudkan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara?

3. Tahukah anda bahawa di bawah pentadbiran DS Najib, wujudnya percetakan Nasyrul Quran (pusat percetakan al-Quran) di Precint 14 Putrajaya, pusat percetakan al-Quran kedua terbesar di dunia selepas Madinah, Arab Saudi?

4. Tahukah anda bahawa DS Najib sangat menyantuni pelajar-pelajar tahfiz, memberi bantuan dan keluarga beliau mewakafkan tanah untuk pusat tahfiz?

5. Tahukah anda bahawa kira-kira 100 pelajar dari pusat Tahfiz Ittifaqiyah yang pernah terbakar hadir ke kediaman DS Najib bagi menyempurnakan ibadah berbuka puasa bagi menghargai sumbangan dan keperihatinan beliau terhadap nasib pelajar-pelajar tahfiz?

6. Tahukah anda bahawa di bawah pentadbiran DS Najib, berpuluh juta disalurkan bagi membantu melahirkan gradu­an huffaz yang mempunyai kese­imbangan ilmu agama dan akademik duniawi pada masa depan?

7. Tahukah anda, bahawa di bawah pentadbiran DS Najib, dana RM80 juta telah diperuntukkan bagi memperkukuh Sekolah Pondok, SMAR Dan Institusi Tahfiz Berdaftar?

8. Tahukah anda, bahawa dari dana tersebut, RM20,889,600 juta telah diagihkan kepada 133 institusi di Kelantan, 104 institusi di Kedah (RM13,257,550 juta), 206 di Selangor (RM9,227,720.00 juta), 76 institusi di Perak (RM7,150,520.00), 104 institusi di Johor (RM6,289,140.00 juta ), 57 institusi di Pahang (RM 4,922,720.00 juta), 40 institusi di Pulau Pinang (RM4,184,140.00 juta), 25 institusi di Negeri Sembilan (RM3,601,890.00 juta), 14 institusi di Terengganu (RM 2,718,950.00 juta), 16 institusi di Wilayah Persekutuan (RM1,361,400.00), 14 institusi di Melaka (RM1,241,930.00 juta), 17 institusi di Sarawak (RM 853,460.00 juta), 11 institusi di Perlis (RM 730,400.00 juta) dan 2 institusi di Sabah (RM39,540.00 juta)?

Wallahu A’lam

****************
'PAS alu kehadiran Najib berkempen PRK Seri Setia'

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjanji akan membawa isu Janji 100 Hari yang tidak ditepati dalam manifesto kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia pada 8 September ini.

Beliau berkata, sejauh mana isu itu akan memberi kemenangan kepada PAS hanya akan ditentukan pada hari pengundian nanti.

Selaku Presiden PAS, beliau juga yakin pengundi di Seri Setia akan keluar beramai-ramai untuk mengundi kerana senarionya akan berbeza dengan PRK Sungai Kandis baru-baru ini.

“Janji 100 hari Kerajaan Pakatan Harapan yang tidak tunai janji turunkan harga minyak dan tol kerana mereka berkata manisfesto bukan kitab suci.

“Tapi kitab suci menyatakan janji wajib ditepati. Jadi rakyat perlu buat perhitungan dalam PRK pada 8 September ini untuk pilih wakil rakyat yang mampu perjuang dan sampai mesej kuat walaupun kita tidak boleh tubuh kerajaan.

“Namun kita boleh menjadi pembangkang yang kuat dan memberi nasihat kepada kerajaan dengan berani dan tegas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pengumuman calon PAS pada Pilihan Raya Kecil DUN Seri Setia, malam ini.

Dr Halimah Ali yang merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimah PAS dipilih menjadi calon parti PAS.

Abdul Hadi menyatakan bahawa beliau terbuka menerima pertolongan semua pihak bukan sahaja UMNO malah semua ahli-ahli Pakatan Harapan sama ada PKR, DAP, Parti Amanah Negara atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) jika ada yang sudah berubah pendirian.

Beliau secara terbuka mengalu-ngalukan sekiranya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ingin turut serta hadir berkempen bagi menyokong calon PAS sepanjang tempoh berkempen nanti.

***************

http://m.utusan.com.my/berita/politik/penubuhan-universiti-al-quran-dalam-manifesto-bn-strategi-bijaksana-1.647572

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/majlis-raja-raja-perkenan-dasar-pendidikan-tahfiz-negara-1.622344

http://www.jpm.gov.my/jpm2/ms/content/kompleks-nasyrul-quran-mula-beroperasi

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/saya-tidak-takut-mati-demi-mendalami-al-quran-pelajar-tahfiz-156624

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/seratus-pelajar-tahfiz-ittifaqiyah-hadir-ke-rumah-najib-1.675238
http://www.islam.gov.my/berita-semasa/30-bahagian-kemajuan-islam/962-dana-rm80-juta-perkukuh-sekolah-pondok-smar-dan-institusi-tahfiz-berdaftar

http://pakdin.my/tag/najib-razak

http://pakdin.my/tag/tahfiz

No comments:

Post a Comment