Cerita sempena minggu LGBT yang dirasmikan Menteri Agama - Randau Sarawak

Breaking

Sunday, August 12, 2018

Cerita sempena minggu LGBT yang dirasmikan Menteri Agama

Cerita sempena minggu LGBT yang dirasmikan Menteri Agama

LGBT, Pakatan Harapan,JAKIM, Politik

Selepas kira-kira 3 bulan lebih berkahwin, seorang suami berkata kepada isterinya;

“Sayang, Abang ada satu rahsia. Abang harap Sayang tak marah”.

Si isteri terkejut.

“Ada apa Abang?”

Si suami menghulurkan sekeping gambar seorang wanita.

“Ini gambar siapa?”, tanya si isteri.

Si suami menjawab;

“Sayang, Abang selalu katakan bahawa Sayang ialah cinta pertama Abang tapi sebenarnya Abang tipu. Sebelum Sayang, Abang pernah bercinta dengan wanita ini tapi hubungan kami terputus di tengah jalan. Jadi Abang tunjukkan gambar ini kepada Sayang untuk Sayang koyakkan supaya Abang dapat lupakan dan move on dengan hubungan kita”

Si isteri tersenyum dan berkata;

“Terima kasih Abang kerana berterus-terang. Saya harap kita dapat sama-sama move on kerana saya pun ada satu rahsia besar ingin dikongsi”

Giliran suami pula terkejut.

“Rahsia apa?”,

“Saya harap Abang tak marah”,

Si isteri menunjukkan gambar seorang lelaki.

“Ini gambar siapa?”, tanya si suami.

“Cuba Abang teka”, kata si isteri pula.

“Gambar bekas teman lelaki Sayang?”

“Bukan”

“Gambar bekas tunang?” Si suami makin berdebar-debar.

“Bukan”

“Gambar bekas suami???” Kali ini si suami agak meninggikan suara.

“Bukan juga”

“Habis gambar siapa????”, si suami semakin tidak sabar nampaknya.

“Ini gambar saya dulu”

Si suami terperanjat besar dan menangis di bucu katil sebelum lari bertempiaran ke hujung kampung seperti orang gila.

Pecah berita satu kampung untuk menjawab persoalan yang berlegar-legar di kalangan mereka selama ini tentang cahaya mata.

Sebelum itu, selalu dijawab oleh pasangan pengantin baru tersebut;

"Takkan baru hari ini kahwin, dapat anak esok."

Maka tahulah mereka memang pasangan itu takkan dapat anak sampai bila-bila disebabkan perkahwinan sejenis.

Manakala si isteri pula ke JAKIW untuk membuat aduan kepada Pak Menteri tentang hak beliau sebagai isteri.

Sekian.

Moral of the story: Berhati-hati pilih pasangan. Salah pilih merana badan.

(Ini adalah cerita rekaan oleh rakan saya. Tiada kaitan dengan yang masih hidup atau yang tak ada HARAPAN lagi untuk hidup)



...........
Sumber:
AB JALIL BACKER

..........
Rujukan:
http://pakdin.my/tag/lgbt

No comments:

Post a Comment