Barisan pendakwaan tidak bersedia – Peguam DS Najib - Randau Sarawak

Breaking

Thursday, August 9, 2018

Barisan pendakwaan tidak bersedia – Peguam DS Najib

Peguam Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah mendakwa barisan pendakwaan kes Datuk Seri Najib Razak sebenarnya tidak membuat persediaan rapi pada hari ini.

Beliau menjelaskan, ini kerana dokumen baharu pertuduhan hanya disediakan dalam bentuk CD-Rom dan tidak dicetak.

Malah katanya, pernyataan bertulis pertuduhan ke atas bekas Perdana Menteri itu hanya diserahkan pada hari ini.

“Mereka tidak beri dokumen yang fizikal dan hanya serah pernyataan bertulis pada hari ini.

“Nampak sangat pihak pendakwaan tidak bersedia dan tidak adil setakat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas kes pendakwaan tiga pertuduhan baharu ke atas Najib berakhir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini hari ini.

Dalam pada itu, Muhammad Shafee memberitahu beliau telah menulis surat kepada Hakim Besar Malaysia, Tan Sri Zaharah Ibrahim berkaitan kes pendakwaan Najib itu.

Beliau berkata, ini kerana sistem perundangan ke atas Ahli Parlimen Pekan itu perlu berlandaskan keadilan dan bukannya melakukan sesuatu di belakang tabir.

Bagaimanapun jelasnya, surat itu bukan berkaitan tentang aduan terhadap hakim yang dilantik.

“Hakim Datuk Mohd. Sofian (Abd. Razak) dan Hakim Mohd. Nazlan (Mohd. Ghazali) tidak bersalah.

“Saya hanya buat aduan tentang sistem keadilan yang adil dan bukan buat benda di belakang kita,” tegasnya.



....................
Rujukan:
https://pakdin.my/tag/Muhammad-Shafee/
https://pakdin.my/tag/1mdb
https://pakdin.my/pertuduhan-terhadap-najib-najib-tiada-kaitan-1mdb-equanimity/
https://pakdin.my/bukti-masih-dicari-pendakwaan-telah-dilakukan/
https://pakdin.my/akaun-bank-cucu-ds-najib-berumur-10-bulan-dibekukan-kerajaan-tomato/


No comments:

Post a Comment