10 suspek bertopeng serbu kastam, larikan dadah RM30 juta - Randau Sarawak

Breaking

Monday, August 6, 2018

10 suspek bertopeng serbu kastam, larikan dadah RM30 juta

Sendiket dadah boleh tahu dimana Kastam simpan dadah yang dirampas di zaman #RejimKerajaanTomato

Sekumpulan lelaki menceroboh pejabat cawangan narkotik kastam di Kampung Jijan, Nilai dan melarikan dadah bernilai RM30 juta.
Sekurang-kurangnya 10 lelaki bertopeng penuh melarikan 80 kotak sebelum dimuatkan dalam dua kenderaan pacuan empat roda sekitar 3 pagi semalam.

Sumber polis berkata mereka yang bersenjatakan kayu turut memukul dua pengawal keselamatan berusia 50-an sebelum mengikat mereka.
“Seorang suspek memberitahu pengawal keselamatan, mereka hanya 'mengambil semula' dadah yang dirampas daripada mereka," kata sumber itu.

Pengawal tersebut melepaskan diri sekitar jam 5 pagi dan memaklumkan kejadian tersebut kepada majikan mereka.
Polis mengesyaki perbuatan itu didalangi orang dalam berikutan suspek tahu kedudukan kontena yang menyimpan kotak mengandungi rampasan dadah.

Ketua polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaluddin dijangka membuat kenyataan media hari ini.




..........
http://pakdin.my/tag/kastam
http://pakdin.my/tag/dadah/


No comments:

Post a Comment