[Video] Orang Melayu kini terbangsat di negara sendiri dibawah PH - Randau Sarawak

Breaking

Sunday, July 1, 2018

[Video] Orang Melayu kini terbangsat di negara sendiri dibawah PH

#MelayuBangsatBawahPH #PemilihanUMNO #PerhimpunanAgongUMNO

Datuk Seri Najib Razak menyifatkan, orang Melayu kini terbangsat di negara sendiri, sejak UMNO kehilangan kuasa sebagai pemerintah.



Beliau yang juga bekas Presiden UMNO, berkata selepas menyelesaikan pemilihan, semua ahli UMNO kini perlu meletakkan kepentingan parti sebagai keutamaan mereka, dalam usaha membina semula kekuatan.



Najib juga menggesa semua pihak dalam parti itu, belajar dari kesilapan lalu, sambil memperkuatkan perpaduan dan kasih sayang sesama ahli.






Catatan Facebook DS Najib Razak:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10155432517300952&id=157851205951

Ahli-ahli UMNO perlu meletakkan kepentingan parti sebagai keutamaan dalam usaha membina semula kekuatan parti.



Kita juga hendaklah belajar dari kesilapan lepas, kuatkan perpaduan dan kasih sayang sesama ahli UMNO.



Kita hendaklah berhenti berbalah dan elakkan membuat tohmahan yang boleh menjejaskan perpaduan UMNO jika kita ingin memulihkan kekuatan parti dan mengangkat perjuangan agama, bangsa dan negara.



Orang Melayu tidak boleh berharap kepada kerajaan Pakatan Harapan untuk mempertahankan dan memperjuangkan nasib orang Melayu. Ini kerana kekuatan parti Melayu mereka datang dari sokongan orang bukan Melayu.



Setakat ini, kerajaan Pakatan Harapan mengizinkan pencabulan Bahasa Melayu, agenda Islam dan Bumiputera juga tidak akan mendapat tempat utama dalam pentadbiran mereka.



Saya pernah sebut Melayu akan terbangsat di negara sendiri jika UMNO hilang kuasa. Kita sudah terlepas kuasa dan mesti tabah hadapi ujian Allah SWT.



Insya-Allah, dengan adanya perpaduan yang lebih kukuh dan kasih kepada parti, UMNO boleh mengembalikan semula keyakinan rakyat terutamanya orang Melayu.









Lihat video:

https://youtu.be/6YPqJh4XQI8



Rujukan:
https://pakdin.my/3-bukti-guan-eng-dap-telah-bangsatkan-melayu/

No comments:

Post a Comment