Umno tidak izin sebar Syiah di Malaysia, kata Zahid - Randau Sarawak

Breaking

Saturday, July 14, 2018

Umno tidak izin sebar Syiah di Malaysia, kata Zahid

Sebarang usaha oleh mana-mana pihak untuk meraikan mazhab Syiah dan membebaskan ia disebarkan di negara ini perlu ditolak sekeras-kerasnya, kata Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.



Tegas Ahmad Zahid, walaupun menghormati pengikut mazhab itu, namun usaha untuk mengasimilasikan fahaman itu di kalangan ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di negara ini bakal menyebabkan perpecahan lebih teruk di kalangan umat Islam.



“Mana mungkin negara kita yang meletakkan di dalam Perlembagaan 3(1) agama Islam adalah Agama Persekutuan, walaupun dalam perlembagaan tidak sebut namun amalan kita berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah, ia harus dihormati kerana ia kontrak sosial kita.



“Dalam Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa kita menolak Syiah bukan kerana kita benci tetapi kita tidak mahu ajaran ini memesongkan ajaran orang Islam di Malaysia ini,” katanya ketika berucap pada majlis kesyukuran meraikan 93 bakal haji kawasan Parlimen Bagan Datuk di sini petang ini.



Bekas menteri dalam negeri itu mengulas mengenai sebuah portal tempatan melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa memaklumkan pengikut Syiah mempunyai hak sebagai warganegara selagi tidak melakukan jenayah.



Sementara itu dalam sidang media kemudiannya, Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk mengulangi pendirian Umno akan memainkan peranan dan mengambil kepedulian memantau pendirian kerajaan berhubung isu tersebut.



“Kita tahu bahawa umat Islam orang Melayu dan Pribumi berpecah kepada enam berdasarkan meraikan perbezaan pendapat dalam politik. Kita tak mampu melayani perpecahan di kalangan mazhab berbeza ini.



“Walupun kita hormati negara berkenaan yang amalkan mazhab tersebut, dari segi diplomatik kita menghormatinya, namun bagi mengizinkan penyebaran ajaran Syiah (ke dalam negara) tidak sama sekali,” katanya.



Pada masa sama, pihaknya turut menolak tindakan pihak kerajaan yang telah menandatangani satu perjanjian persefahaman yang dibuat oleh Institusi Terjemahan Malaysia baru-baru ini dengan sebuah negara yang terkenal dengan pembawakan mazhab terbabit.



“Kami berlapang dada jika buku-buku itu adalah buku berunsurkan ilmu sains dan teknologi, tapi jika ia mengizinkan novel kesusasteraan atau bahan-bahan pengajaran dalam fahaman Syiah, tentu kita menolaknya kerana KDN ada bahagian penerbitan buku dan al-Quran. Mereka menolak (unsur berkenaan) berdasarkan garis panduan ditentukan fatwa,” katanya.



Justeru beliau menyeru para ulama, cendekiawan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan Islam untuk bersama Umno menolak sebarang usaha untuk membenarkan fahaman itu masuk ke negara ini.



......................
Rujukan:



https://pakdin.my/tag/syiah/

77 comments:

  1. Betul ter dzh.syiaah..tidak bolih..hendak diperkembangkn...nati..sasauuuu..ingat lh..

    ReplyDelete
  2. Undang2 dh ade daa..tindakan majlis dan jabatan agama je la..bole dakwa diatas akta ajaran sesat ikut enekman tubuh krajaan negri yg terbabit.Syiah disahkan terkeluar dari akidah islam bukn sahaja dlm majlis fatwa kebangsaan..bahkan majlis fatwa ulama mekah pon dh iystihar syiah telah terkeluar dari akidah islam sebenar.Tindakan da bole ambil.Kumpul bukti maklumat,dan dakwa..memang tak mudah,tapi sbagai langkah mmbenteras..Mcm arqam,al maunah,ajaran ayah pin,tuhan harun..

    ReplyDelete
  3. Tolak abis2an ajaran syiah...
    Selamatkan malaysia...
    Allahuakbar..

    ReplyDelete
  4. setuju.. jangan buka ruang pada Syiah, Ahmadiah.. dan yg segala sesat di amal di Malaysia!!!!

    ReplyDelete
  5. Negara dh aman dgn ahli sunah waljammah buat apa nk cari penyakit spt di kebnykkn negara arab

    ReplyDelete
  6. Semoga yg berwajib mempercepat tindakan yg patut menghalang fahaman syiah d malaysia

    ReplyDelete
  7. Syiah bukan ajaran yg dibawa oleh Rasulullah oleh itu kita perlu mentang mana2 pihak yang ingin membawa fahaman ini ke Malaysia

    ReplyDelete
  8. Apa nak buat semua ni semua kerana pengundi yg memilih ph sebelum.ni ustaz kasim dah bg tahu tp.org melayu kita dah termakan kata2 tun.m

    ReplyDelete
  9. Y sebar Syiah dimalaysia adalh org tdk bertamadun y cetek ttng Agama lslam

    ReplyDelete
  10. Zaman najib syiah brkembsng sampai habib dia blh masuk astro..zaman najib syiah dilayan umpama raja melalui program ya na na..penaung syiah noh gendut

    ReplyDelete
  11. Zaman najib bkn syiah je..israel pon lepas masok

    ReplyDelete
  12. Hebat zahid hamidi👍👍👍

    ReplyDelete
  13. Ngerinya tengok upacara syiah ni...

    ReplyDelete
  14. Mana pas x nak bantah jugak ke......

    ReplyDelete
  15. syiah pun muslims... klu x caya... korang tanya Allah.... 🤣🤣🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  16. Mesti dibenteras sebelum terlambat

    ReplyDelete
  17. zaman ameno dulu rasuah dipersilakan...lg bsr rasuah lg byk dedak dpt...jota2 simpan dlm umah jer....

    ReplyDelete
  18. Ada ja kat mana² badigol sorang ni, tak da telo nak tunjuk diri.

    ReplyDelete
  19. Ayam terlepas tangan ade bau taik ayam den lopes,meaningless,

    ReplyDelete
  20. Dah tangkap nak hadap ke mana peguam pon kafir

    ReplyDelete
  21. Dulu imam palestine d tembak d k. L tu ole org israil?? Xda tindakn juga.. Bodoh punya BN.. Bkwan dgn musuh islam..

    ReplyDelete
  22. allahuakbar..ya Allah lindunggi la bumi Malaysia daripada ajaran sesat syiah ini. Aamiin3

    ReplyDelete
  23. Puiihhhh Komidi woi, dlu ang yg berlembut / bertolak ansur puak syiah pabila dgr penganut 1juta msa thun 2013..... mula cengei nk bik tindakan tegas, dgr 1juta trus berubah nada sekadar jgn sebar terbuka kpd org ramai. Yg kt nk dakwa Mat Sabu siap 10bukti pun lupp skali.
    Harap suara tp kuasa tiada berasa amat mendukacitakan tambahan klu hya sekadar wayang.

    ReplyDelete
  24. depa dh dpt kbenaran sebebasnya siap bleh menulis 1 kolum d The Star stiap ahad, syiah penulis Faisal Tehrani & SIS penulis Siti Kasim

    ReplyDelete
  25. mintak pulak menganggotai jabatan agama sebagai penasihat mentri.

    ReplyDelete
  26. zaman umno lagi syiah tak kawal ni.

    ReplyDelete
  27. negara yg ada syiah, negara itu akan berlaku pertumpahan darah

    ReplyDelete
  28. prinsip syiah ialah bertaqiyah (berbohong, berpura2, buat helah), membenci sahabat2 nabi & org2 islam

    ReplyDelete
  29. Syiah yg pukul..cederakn diri smpai brdarah2 tu rasanya syiah yg di pakistan, india..mmg kafir diorg ni

    ReplyDelete
  30. Pakatan Harbi diketuai Harbi, Munafik, Liberal dan Syiah. Siapa yang masih lagi sokong PH mmg jahil. Takpun bodoh sombong.

    ReplyDelete
  31. en Herman A Rahman mmg Tm menyokong sbb ank dia kawin cmpur dgn bngsa lain pun x masuk islam.depa nk mudah je islam liberal x pa kt tengok tunggu bala dari ALLAH AMINN

    ReplyDelete
  32. berjuanglah, ini baru sedikit bijak

    ReplyDelete
  33. entah la cik akk bila ckp ckit depa geng ph pakat dok kecam kt baru ja share depa ckp bkn bkn kt kita kdg akk heran la geng ph ni depa sokong pastu kena kncing pastu bila kt ckp n bgi pendapat depa nk mrh kt mcm x de akal he3.kdg kesian sbb sblum pru dimomok mimpi yg indah pastu kenyataannya mndpt minpi ngeri kesian hu4

    ReplyDelete
  34. Dorg tlbh mnum kencing masih mabuk lg tu😇😇😇😇😇😇😇

    ReplyDelete
  35. Halmi Haron apa pun kerajaan kena buat juga kami rakyat biasa kerajaan yg dah dipilih rakyat mau tak mau meraka harus bertanggung jawab

    ReplyDelete
  36. walter kau tak tahu kau jgn buat spekulasi dan psepsi sendiri..org mcm kau lah sngaja nak memecahbelahkan org islam.kau islam ke kau kafir..fake acc! report.

    ReplyDelete
  37. Orang2 shiah undi pakatan harapan. Nasib kurang baik.

    ReplyDelete
  38. Maaf min..dulu masa jadi Gomen asa buat sttmnt mcm nie tak..? sya sekadar bertanya..

    ReplyDelete
  39. Syiah x sesuai diamal dimalaysia...dan ajaranya perlu disekat.

    ReplyDelete