Tunku pernah berpesan supaya tidak terperdaya - Randau Sarawak

Breaking

Wednesday, July 11, 2018

Tunku pernah berpesan supaya tidak terperdaya

#MalaysiaMemilih #PPBMbaruaDAP

Anak Tanah Melayu

1. Pada 23 Januari 1971, Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya setelah mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO telah mengingatkan ahli-ahli “Jaga-jagalah (dengan) mereka kerana mereka cuba menjaja lampu baru untuk mendapatkan ‘lampu lama’ yang ajaib itu dan dengan mencuri lampu lama yang ajaib itu mereka dapat menguasai parti kita dan seterusnya memegang kuasa dalam negara Malaysia kita ini.”



2. Tunku juga mengingatkan kita supaya jangan terpedaya dengan apa yang cuba didakyahkan kepada kita. “Gunakanlah akal kita sebaik baiknya”.



3. Ternyata Tunku yang menjadi mangsa pertama politik kotor Dr Mahathir, dapat menghidu niat jahat yang cuba dilakukan oleh Mahathir.



4. Yang dimaksudkan oleh Tunku sebagai ‘lampu lama yang ajaib’ ialah UMNO dan lampu baru pula ialah parti baru yg merupakan ‘salinan’ atau tiruan kepada UMNO.



5. Beberapa hari lalu Tun Mahathir telah membuat kenyataan bahawa PPBM akan menjadi pelindung dan menjaga kepentingan orang Melayu di negara ini, menggantikan UMNO. Kemungkinan beliau mengharamkan UMNO untuk mencapai cita-citanya tidak boleh dipandang sepi.



6. Dengan kerusi parlimen PPBM cuma 13 sahaja, Mahathir mula terasa kedudukannya yang tidak selamat dan akan melakukan pelbagai tekanan supaya ahli ahli parlimen UMNO tidak ada pilihan selain daripada terpaksa menyertai PPBM.



7. Mahathir yang egois itu tidak mahu dilihat sebagai ‘hidung tak mancung, pipi tersorong sorong’ untuk pula g ke pangkuan UMNO. Jadi dia sedang berusaha melakukan sesuatu yang di luar jangkaan iaitu memaksa UMNO menyertai PPBM.



8. PPBM akan menjadi duplikasi UMNO yang amat rapuh tetapi Mahathir tidak peduli itu semua. Yang penting anaknya yang lemah dan tidak berkebolehan, Mukhriz menjadi Perdana Menteri.



9. Kepada ahli UMNO ingatlah pesanan Tunku Abdul Rahman supaya jangan mudah terpedaya dengan mereka yang mencuri lampu lama yang berjasa dengan menggantikannya dengan lampu baru yang tidak berkualiti.



............................................
http://pakdin.my/tag/umno

7 comments:

  1. BETUL TU RAMAI RAKYAT MALAYSIA TAK SEDAR

    ReplyDelete
  2. tuanku abdul rahman ada keramahnya tersendiri..cuma beliau yg nampak apa yg akn berlaku...umno mmg parti keramah..maka kita kena amik aktibar dari pesanan tuanku.

    ReplyDelete
  3. MCM mana mereka nk sedar JK saban hari asyik membawang cerita2 berbuah fitnah d kedai kopi, tempat kerja, kejiranan

    ReplyDelete
  4. Nak sedar macam mana Teh Tarik Pulau pinang kalau sibok intai celah mana lagi yg mereka2 tu..nk jilat mn tahu ada saki baki😄😄

    ReplyDelete
  5. Umno lahir dgn doa, pengorbanan & airmata....mudahan ia kekal barokah

    ReplyDelete