Tun Abdul Hamid minta penjelasan pelantikan Malanjum - Randau Sarawak

Breaking

Tuesday, July 17, 2018

Tun Abdul Hamid minta penjelasan pelantikan Malanjum

#RuleOfLaw #KedaulatanUndangUndang #KERAjaanTomato

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad meminta penjelasan daripada mana-mana pihak di Jabatan Perdana Menteri untuk menjelaskan secara lanjut mengenai pelantikan Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara.



Katanya, ini kerana bekas Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif telah mengemukakan surat peletakan jawatannya berkuat kuasa 1 Ogos ini dan kini beliau sedang bercuti.



Menurutnya, pada 11 Julai lalu, pada jam 9.30 malam, Richard mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara dan timbul persoalan adakah beliau boleh mengangkat sumpah sedangkan Tun Raus belum mengosongkan jawatan tersebut.



“Walaupun Tun Raus telah memberi notis peletakan jawatan, ia hanya akan berkuat kuasa pada 1 Ogos 2018. Walaupun beliau bercuti, beliau masih memegang jawatan berkenaan.



“Memandangkan pelantikan Richard berkuatkuasa dengan serta merta, ia bermakna bahawa dari jam 9.30 malam pada 11 Julai 2018 hingga 12 tengah malam , terdapat dua orang Ketua Hakim Negara. Adakah pelantikan Richard sah,” soalnya dalam satu kenyataan, hari ini.



Abdul Hamid berkata, Raus diberikan cuti taman (garden leave) yang membawa maksud bahawa beliau telah diarahkan untuk tidak melakukan sebarang kerja semasa tempoh notis tersebut, namun tetap dibayar gaji.



“Itu mungkin amalan di sektor swasta yang mungkin juga diterima pakai di sektor awam yang melibatkan pegawai tadbir. Saya menghujahkan bahawa amalan itu tidak boleh dipakai kepada Ketua Hakim Negara yang kuasanya diberikan oleh Perlembagaan dan undang-undang.



"Tiada siapa, termasuk perdana menteri mempunyai kuasa untuk membuang kuasa itu daripadanya,” katanya.



Beliau turut mempersoalkan mengapa upacara mengangkat sumpah tersebut dilakukan pada waktu malam yang mengejutkan semua orang.



“Adakah Yang di-Pertuan Agong dan perdana menteri begitu sibuk pada waktu siang sehingga ia perlu dilakukan pada waktu malam?



“Sekiranya Majlis Raja-Raja telah dirunding dalam mesyuaratnya pada 11 Julai lalu, mengapakah tergesa-gesa mengangkat sumpah pada malam yang sama?” soalnya.



Dalam pada itu, beliau juga turut bertanyakan bilakah Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) bermesyuarat dan membuat cadangan kepada perdana menteri.



“Siapa yang mempengerusikan mesyuarat itu, Raus masih Ketua Hakim Negara walau apa pun pandangan seseorang mengenai pelantikannya. Pelantikannya tidak diisytiharkan tidak sah oleh mana-mana mahkamah.



“Sepatutnya beliau (Raus) mempengerusikan mesyuarat itu walaupun sedang bercuti, beliau sepatutnya dimaklumkan dan mempengerusikan mesyuarat itu. Sekiranya beliau dan dan Tan Sri Zulkefli (Presiden Mahmkamah Rayuan) atas sebab-sebab tertentu tidak dapat mempengerusikan mesyuarat itu, orang yang sepatutnya mempengerusikan mesyuarat itu adalah Tan Sri Ahmad Maarop (Hakim Besar Malaya). Dari segi protokol beliau lebih kanan daripada Richard,” katanya.



Tambah Abdul Hamid, beliau juga membangkitkan soal mengapakah badan kehakiman diwakili oleh ketua pendaftar.



“Beliau hanya seorang pendaftar, bukan seorang hakim. Jika Raus dan Zulkefli bercuti, selepasnya adalah Ahmad Maarop serta selepasnya terdapat banyak Hakim Mahkamah Persekutuan. Sudah tentu salah seorang daripada mereka boleh hadir,” katanya.



.............
http://pakdin.my/tag/ketua-hakim

https://pakdin.my/?s=Tun+Abdul+Hamid

23 comments:

  1. Tun hamid? Ahli umno tu? Hahahahaha

    ReplyDelete
  2. Bila nk diam menyalak le anjing tua Bacul ni

    ReplyDelete
  3. Eleh pak Harun nk back-up Bacul tua.. dia pon kelaut

    ReplyDelete
  4. Haru biru punya πŸ’πŸ΅jaan..

    ReplyDelete
  5. Dah terang lg bersuluh..malunjum..
    Malunjum sbg panduan je..

    ReplyDelete
  6. Tolong beri penjelasan...jangan cakap tak tau...habis tu apa yg tau...kalau tak tau takkan semua boleh berlaku...mudah cakap kira taulah...

    ReplyDelete
  7. Kerajaan asal boleh...pakai langgar je

    ReplyDelete
  8. Minta penjelasan dari kepala lanun mengapa mereka menyamun, maka jawapannya kita pon maklum...

    ReplyDelete
  9. Susahlah macam ni. Apakah seorg PM 7 ini bebas melakukan undang undang sendiri. Esok esok klu buat jenayah tak payah lari lagi ke Mexico sb Malaysia kan ada sb undang undang ikut suka hati je.

    ReplyDelete
  10. Apa mau jelas ..Richard seorang bumiputra, hakim mahkamah tinggi, apa lagi mau?

    ReplyDelete
  11. bermulanya undang2 rimba kt Malaysia ni... pentadbiran kerajaan ph sekarang nampk jelas sgt berserabut...

    ReplyDelete