Tindakan peguam Najib memohon larangan sementara terhadap media tepat sekali - Randau Sarawak

Breaking

Thursday, July 5, 2018

Tindakan peguam Najib memohon larangan sementara terhadap media tepat sekali

#RuleOfLawRimba #KerajaanTomato #DosaDosaMahathir #PakatanHipokrit #AGTakTahuBahasaMelayu #DakwaDuluBuktiKemudian #PendakwaanPersepsi

Tindakan Muhammad Shafee mengemukakan permohonan agar mahkhamah mengeluarkan perintah larangan sementara bagi menghalang media daripada melaporkan berhubung merit kes melibatkan bekas Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak adalah tepat sekali.



Perbicaraan belum bermula sehingga tahun hadapan, bukti masih belum dikemukakan dan tiada sebarang dokumen diberikan kepada pihak pembelaan maka permohonan pasukan pembelaan adalah menasabah. Ini bagi mengelak perbicaraan awam berlaku terutama di media sosial.



#KerajaanTomato yang mungkin mahu menjadikan pendakwaan ini sebagai permainan politik mungkin terkedu. Ini dapat digambarkan dengan tindak balas Peguam Negara yang melahirkan rasa terkejut dengan permohonan tersebut, seolah-olah tiada hak dipihak yang didakwa untuk memohon perintah larangan sementara tersebut.



-------------------------
'Perintah larangan sementara supaya tiada komen prejudis'



Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, membenarkan perintah larangan sementara bagi menghalang media daripada melaporkan berhubung merit kes pecah amanah dan menyalahgunakan kedudukan yang dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.



Hakim Datuk Mohd Sofian Abdul Razak membuat keputusan itu selepas selesai mendengar hujah peguam, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib dan Peguam Negara, Tommy Thomas.



Mahkamah memerintahkan perintah itu berjalan sehingga 8 Oktober sebelum Muhammad Shafee membuat permohonan rasmi berhubung isu itu pada tarikh sama.



Terdahulu, Muhammad Shafee mengemukakan permohonan itu atas alasan anak gumanya menghadapi ‘perbicaraan’ oleh media sejak beliau bukan lagi Perdana Menteri.



“Orang awam membuat kenyataan seolah-olah Najib sudah didapati bersalah. Saya memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya tiada perbincangan di media berhubung merit kes itu.



“Perintah menghalang ini perlu bagi memastikan anak guam saya mendapat perbicaraan adil. Ia juga bagi mengawal penyebaran dokumen mahkamah dan merit kes sehingga boleh menyebabkan ketidakseimbangan dalam perbicaraan,” katanya.



Sementara itu, Thomas membantah kerana permohonan seumpama itu belum pernah dikemukakan sebelum ini dan ia menafikan kebebasan bersuara rakyat Malaysia.






Rujukan:
https://pakdin.my/majlis-peguam-pasukan-petugas-khas-1mdb-tidak-mempunyai-hak-untuk-mengarahkan-penahanan-najib/

https://pakdin.my/7-pekara-kenapa-tommy-thomas-tidak-layak-menjadi-peguam-negara/

https://pakdin.my/tag/tommy-thomas/

18 comments:

  1. Terbaik shafee...
    Senang jerrrr kitai si peguam NEGARA...
    😂😂😂

    ReplyDelete
  2. AMARAN TAN SRI MUHAMMAD SHAFEE ABDULLAH KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA

    “Sesiapa saja yang mengulas atau membuat liputan/laporan berkenaan kes Dato Sri Najib ini secara negatif/serong bagi menggambarkan beliau BERSALAH sama ada di dalam media tradisional, media digital mahupun media sosial atau apa bentuk penerbitan sekalipun boleh didakwa MENGHINA MAHKAMAH.

    Seperti apa yang dilakukan oleh LGE selama ini yang mengatakan DSN bersalah, 100% bersalah, 1 dunia kata Najib salah dan sebagainya, jika dilakukan lagi kini akan menjadi penghinaan terhadap mahkamah.”


    Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Peguambela Dato Sri Najib Tun Razak.

    ReplyDelete
  3. Siapa LGE Tu?? Boleh saya tahu?? Cer citer cer citer sket😂😂😂

    ReplyDelete
  4. Hak bersuara itu sudah jadi fitnah dan hasutan, kita wajar menyangkal nya👍👍

    ReplyDelete
  5. Puak2 PH menggunakan hak bersuara pakai menabur fitnah yg merupaka aset penting utk PH menang PRU. Malah sehingga ke hari ini fitnah sudah sebati dengan PH. Dah terbiasa menganjing, memfitnah dan berbohong...

    ReplyDelete
  6. Sememangnya dakwaan ini didulukan utk mengaburi, memuaskan hati rakyat je. Mungkin ada agenda yg mereka tengah rancang dlm tempoh 6 bulan ni. Itu hanya mereka dan keluarga mereka yg tahu. Mula2 mereka ingat pendakwaan akan berjalan lancar lantas skrip zeti LGE pun bermula. Sekali timbul isu lain terus senyap. Ini adlh strategi. Percayalah mahathir tak akan keluarkan apa2 kalau tengah marah kat dalam bila strateginya tdk menjadi. Nak tunggu juga bila zeti nak buat saman terhdp kenyataan najib yg dia tau pasal duit 1mdb tu. Ingatlah, Allah itu maha besar. Itu jgn kamu dustakan. Percayalah. Kalau rasa2 nak cabar Allah, silakanlah!

    ReplyDelete
  7. Di planet Malaysia, teori mengesahkan bukti, di planet lain, bukti mengesahkan teori 😵😵😵

    ReplyDelete
  8. Good move..kalo x PH akn guna isu ni dalam PRK Sg Kandis

    ReplyDelete
  9. Padu.

    Alhamdulilah.

    In sya Allah dipermudahkanNya.

    Dgr citer..ada warga2 almaklum 4D beli nombor tarikh keramat smlm..mcm2 depa tu..hmmm

    ReplyDelete
  10. Fitnah dah sebati dalam jiwa penyokong² PH

    ReplyDelete
  11. Orang ph sekarang nak hapuskan bahasa Melayu dan naik kan bahasa ingeris dan bahasa cina menjadi bahasa kebangsaan , sebab tu bila peguam negara tak boleh cakap Melayu dan bahasa Kebangsaan mereka tidak bangkah malah sangat menyokong tidak mengguna kan bahasa Ibunda di Negara Malaysia ..sikit sikit orang Ph nak hapuskan hak orang Melayu .

    ReplyDelete