Speaker yang dicadangkan perlu dikemukakan selewat²nya 14 hari sebelum sesi Parlimen bermula - Randau Sarawak

Breaking

Sunday, July 15, 2018

Speaker yang dicadangkan perlu dikemukakan selewat²nya 14 hari sebelum sesi Parlimen bermula

#RuleOfLaw #ParlimenTomato #KERAjaanTomato #FaktaBukanAuta

Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat jelas bahawa nama Tuan Yang Dipertua Speaker yang dicadangkan perlu dikemukakan kepada sekretariat Parlimen sekurang-kurangnya 14 hari sebelum sesi Parlimen bermula.

Pada ketika ini, hanya tinggal dua hari sahaja lagi sebelum Parlimen bermula, identiti Tuan Yang Dipertua masih lagi belum dikenal pasti dan ini menjurus kepada pelbagai debat awam terhadap siapakah yang akan mengisi jawatan itu.

Parlimen adalah badan tertinggi negara ini. Adakah Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat ini dipatuhi? Jika tidak mampu mematuhi peraturan badan tertinggi negara, bagaimana mahu mengakui bahawa kerajaan baharu ini mentadbir berasaskan kepada kedaulatan undang-undang (Rule of Law)?

Sekarang terdapat debat dan persoalan di kalangan rakyat, ahli-ahli politik dan NGO-NGO, jika keluhuran undang-undang telah dipatuhi dan siapakah paling layak dilantik sebagai Yang DiPertua Speaker.

Malah, Menteri Sumber Manusia mendakwa mereka yang mengajukan keresahan mereka ini hanya mensensasikan isu perlantikan bagi mengalih perhatian terhadap penindasan politik terhadap saya.

Saya bukan lagi Perdana Menteri atau berada dalam kerajaan yang mentadbir, maka kenapa pula saya dipersalahkan terhadap isu perlantikan speaker ini?

Seperti cerita hutang negara RM1 trilion kerajaan PH bersandarkan definisi sendiri yang tiada negara lain dalam dunia gunakan, nama saya terus diperalatkan sebagai alasan serta dipersalahkan setiap kali kerajaan Pakatan gagal mentadbir dengan baik atau gagal menunaikan janji manis manifesto mereka.

Alasan ‘semua salah Najib’ yang sudah menjadi prosedur standard operasi (SOP) Pakatan ini perlu dihentikan. Atau adakah ia akan berlanjutan selama 5 tahun akan datang?

Alasan seumpama ini adalah tidak adil bagi rakyat apatah lagi, mereka mengharapkan yang lebih baik dari kerajaan baharu, atau adakah mereka akan terus dibelenggu dengan harapan?



..................
http://pakdin.my/tag/parlimen

16 comments:

  1. Salam.Kerj PH skrng x mengikut Rule Of The Law-Maznah Nasution

    ReplyDelete
  2. Deorg ni bkn tau ikut law..kerajaan caca marba.nk buat kejutan tu lantik bapak kominis Malaya jdi speaker dewan rakyat..tu pasal x mau umum awal2 tkut banyak bantahan kot.

    ReplyDelete
  3. Nk buat suprise lantik lim kit siang la kot, kang umum awal2 konpem kene bantah

    ReplyDelete
  4. Boleh la, kasi kit siang handle tengok camne... bukan2 nga kor ming pun boleh la...hehehehe

    ReplyDelete
  5. Lambat siang x semestinya x d umum kan x ada calon lg... Hahaha admin paling bingai...

    ReplyDelete
  6. Dap yg byk kuasa misti lantik apek tambah2 yg kuasa duit anaknya melayu ph dah kena cocok hidung

    ReplyDelete
  7. Tahun 2008 speaker DUN Perak Sivakumar disungkur keluar secara paksa dgn bantuan orangluar upah BN itu ikut law lah?

    ReplyDelete
  8. undang2 mereka letak bawah tapak kaij saja.

    ReplyDelete
  9. Cliff Chang,SPEAKER DUN NEGERI DGN SPEAKER DEWAN PARLIMEN NEGARA SANGAT BERBEZA..kata kerajaan baru telus dn berintegriti tpi kenape x ikut law..

    ReplyDelete
  10. Ph mangkuk ni bukan ada org yg berwibawa pun. Yg pandai2 semua tak tau ckp bahasa melayu.

    ReplyDelete
  11. susah sangat bagi tunmato jelah jadi speaker. dilah pm, dialah kdn, dialah speaker, dialah segala² nya 😂😂😂😂😂😂😂

    ReplyDelete
  12. Rule of law madey: ada aku kesah
    Kalau usik kroni aku, aku kesah

    ReplyDelete
  13. najib babi ni memang bijak menipu

    ReplyDelete
  14. suka tngok mamat ni meroyan...ha..ha..

    ReplyDelete