Shukri SPRM arah kes Shafie Apdal ditutup, saksi miliki akaun RM29 juta dibebaskan - Randau Sarawak

Breaking

Monday, July 9, 2018

Shukri SPRM arah kes Shafie Apdal ditutup, saksi miliki akaun RM29 juta dibebaskan

#UndangUndangRimba #ManaIntergritiSPRM #KERAjaanTomato #PakatanHipokrit

Masihkah anda ingat kes tangkapan besar-besaran di Sabah melibatkan penyelewengan dana KKLW bermula dari tangkapan Datuk Peter Anthony, Azis Jamman, Arifin, Jamawi Jaafar, adik-adik Shafie hinggalah Shafie Apdal sendiri. Jumlah yang ditahan reman ialah 13 orang.



Joseph YU Sin Kong pemilik Sinkong Contructions Sdn Bhd yang membayar rasuah kepada Shafie Apdal dan lain-lain turut ditangkap SPRM.



Ketika itu Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki menganggarkan RM1.5 bilion peruntukan kerajaan pusat melaksanakan projek di Sabah sejak 2009 hingga 2015 (NKRA) diseleweng di KKLW.



Lebih 60 syarikat disiasat SPRM meliputi 170 projek bekalan air, 163 projek jalan raya dan 17 projek bekalan elektrik di sembilan daerah di Sabah. SPRM sendiri mengesahkan 23 syarikat yang disiasat adalah dibawah kuasa adik Shafie Apdal iaitu Datuk Yusof dan Hj Hamid Apdal.



Paling penting ialah penangkapan Norhartaty Rahmat bekas Timbalan Setiausaha Bahagian Infrastruktur KKLW sebagai SAKSI UTAMA KES.



SPRM telah berjaya memujuk Norhartaty sebagai saksi dan menjanjikan keselamatan serta melepaskan beliau jika memberikan kerjasama kepada SPRM. Beliau tidak lagi dianggap sebagai bersubahat dan pelaku rasuah tetapi saksi untuk menuduh Shafie Apdal di mahkamah.



SPRM menggugut akan mendedahkan akaun RM29 juta yang dibeku milik Hartaty jika tidak memberi kerjasama. Oleh itu tidak ada satupun kita membaca dalam media tentang pembekuan RM29 juta dari Timbalan Setiausaha Bahagian KKLW. Jumlah pembekuan yang diumumkan ialah RM179 juta. Anda boleh bayangkan seorang penjawat awam berjawatan Timbalan Setiausaha Bahagian saja boleh mengumpul RM29 juta.



Shukri SPRM arah kes Shafie Apdal ditutup, saksi miliki akaun RM29 juta dibebaskan

Baca seterusnya disini:
https://malaysiachoice.wordpress.com/2018/07/06/shukri-sprm-arah-kes-shafie-apdal-ditutup-saksi-miliki-akaun-rm29-juta-dibebaskan/




Rujukan:
http://pakdin.my/tag/kklw/

http://pakdin.my/tag/bekalan-air

42 comments:

  1. syafie menabung sejak kecil dpt 29jota..pinjam kata2 cai ph. Hahaha

    ReplyDelete
  2. Kalau betul la ni, menjawab la kau kat akhirat!

    ReplyDelete
  3. Bila diri terasa hebat tu yg sesuka hati nak buat..

    ReplyDelete
  4. Senangnya tanpa rujuk pada Dpp/Ag dan mahkamah..Haram jadah.

    ReplyDelete
  5. Mana2 pgang sama....ni la citanye....buto la mlayu....nk sgt prubahan.....amek kaw

    ReplyDelete
  6. Syukri ni tggu ms nak ke dlm..👍👍🤣🤣

    ReplyDelete
  7. Btw, boleh main tutup-tutup meh? Jangan ingat boleh terlepas gitu je, sooner or later je.

    In fact, kalau aku ni dok dalam PH aku rasa takut. Kerana problem sebegini berada dalam ‘kocek’ seseorang. Ticking time bomb.

    Of course, setiap ‘rahasia’ ada ‘harga’nya. Paling best sekarang kalau jadi ‘puppetmaster’.

    ReplyDelete
  8. ahh shukri ni haritu kemain cerita menangis2 skrg pihak kau daa amik alih . bole laa kau berlagak siap tutup kes bagai .

    ReplyDelete
  9. Wah sedap dia semua kroni lepas undang2 appa yang di guna pakai di malaysia skrang ni

    ReplyDelete
  10. Allah mahal mengetahui kalau tak didunia diakhirat nanti...manusia akan di hidup kembali setelah mati...buat baik akan ada balasan nya juga buat jahat juga akan di balas....ingat janji Allah itu pasti.

    ReplyDelete
  11. Kroni mesti kes d tutup..x heran nanti kes rasuah lge pun d tutup..

    ReplyDelete
  12. Sprm ada kes najib je yg len sume tutup.. baguuiih. Sapa2 yg ada kes ngn sprm cepat2 masok ph kes blh tutup.

    ReplyDelete
  13. Mgkin ada sdh kopi2 nya .tu lh buang kas.

    ReplyDelete
  14. Yg ni xper pulakk blh tutup gitu jer...tah2 die ni dlm senarai najib...kono saman..tgk die konon melalak eiii sakit ati berlakon pndai

    ReplyDelete
  15. bila jatuh nanti tetap di ungit balik .tetap ada org yg ungkit balik kas ini .

    ReplyDelete
  16. haya ini mcm ka...kenapa tutup kes

    ReplyDelete
  17. Zaman tutup fail dah bermula kembali ..!!

    ReplyDelete
  18. Ldu Syahirun Amri Maya Sufi Muhamad Sahrir

    ReplyDelete
  19. aik..peminat2 dia xdak kt tepi tolong jwb ka

    ReplyDelete
  20. hahaha...lau lom smpai tahap dewa xyh la nk jd jahat..

    ReplyDelete
  21. xde duit dh nk beli..duit hgpa dh rampas..rompak..beku..lg ckp dibeli..lau beli pun setakat sekupang dua mmpu la

    ReplyDelete
  22. Ape nak heran, mereka kan dok dalam satu kapal. Balasan Allah lebih dasyat nnti.

    ReplyDelete
  23. Nk buat cm ne....dh pilihan rakyat.

    ReplyDelete
  24. Kes longkang dah settle agaknya...bila.kes terowong??

    ReplyDelete
  25. memalu kan negara di mata dunia saolah2 kerajaan malaysia xberpelajaran dan memakai undang2 romba

    ReplyDelete
  26. Semua pun selva..tu psl isu perkauman menyalax kita layan semua rugi..ha.ha. ini yg patut kita kejar cukupx

    ReplyDelete
  27. Jamal tongkol visi india selva..ha.ha. joker palam.

    ReplyDelete
  28. Sprm x telus,duble standed,peneraju sprm dh jdi anjing gomen.

    ReplyDelete
  29. Lepas ni kes Lge pun dibatal kan yg jelas terbukti salah

    ReplyDelete
  30. BN dan PH same. dua kali lima je. kalau BN perintah ade nak check geng2 korang. x de kan. sekarang diorang pulak. same je. SPRM memang boneka kerajaan. bak BN ataupun PH. xde sedikit pom akan dianiaya kalau masuk PH mahupun BN. aku harap some day SPRM dapat lepas dari cengkaman kerajaan dan waktu itu hanya terjadi bila nabi isa turun. time tu je.

    ReplyDelete