Raja-Raja Melayu bertindak pertahan Islam - Randau Sarawak

Breaking

Tuesday, July 31, 2018

Raja-Raja Melayu bertindak pertahan Islam

RAJA-RAJA Melayu berkenan menubuhkan Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan yang dianggotai lima tokoh pentadbir, agama dan akademik, dalam usaha menambah baik semua institusi Islam peringkat Persekutuan di negara ini.



Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataannya berkata, keputusan penubuhan jawatankuasa tertinggi itu dicapai oleh Raja-Raja Melayu yang bersidang pada 10 Julai lalu, menjelang Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-249.



..................
KUALA LUMPUR: RAJA-RAJA Melayu berkenan menubuhkan Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan yang dianggotai lima tokoh pentadbir, agama dan akademik, dalam usaha menambah baik semua institusi Islam peringkat Persekutuan di negara ini.



Jawatankuasa Tertinggi itu dianggotai lima ahli yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, dengan persetujuan Raja-Raja Melayu, manakala Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dilantik sebagai urus setianya.



Ia dipengerusikan bekas Ketua Setiausaha Negara, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Timbalannya, Datuk Dr Afifi al-Akiti yang juga Felo di Oxford Centre for Islamic Studies.



Manakala keahlian jawatankuasa itu terdiri daripada Profesor Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA); bekas Mufti Johor, Datuk Nooh Gadot dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abdul Aziz.



Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataannya berkata, keputusan penubuhan jawatankuasa tertinggi itu dicapai oleh Raja-Raja Melayu yang bersidang pada 10 Julai lalu, menjelang Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-249.



“Fungsi jawatankuasa itu antaranya adalah untuk mengkaji kedudukan pengurusan hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan, latar belakang penubuhan, bidang kuasa, serta keberkesanan agensi-agensi agama yang sedia ada termasuk agensi perundangan dan penghakiman Syariah di peringkat Persekutuan.



“Dalam menjalankan tugas-tugasnya, jawatankuasa tertinggi ini juga akan menerima memorandum dan berbincang dengan pihak yang berkepentingan, termasuk mereka yang sudi dengan sukarela menyampaikan pendapat masing-masing,” katanya.



Dalam kenyataan itu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menegaskan, penubuhan jawatankuasa tertinggi terbabit selari dengan kedudukan Islam yang termaktub mengikut Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan.



“Usaha ini amat wajar kerana ia kekal menghormati prinsip dan bidang kuasa Raja-Raja sebagai Ketua Agama Islam di negeri masing-masing, di mana institusi agama terus ditambah baik demi mempertahankan Islam, di samping terus menyebarluaskan nilai-nilai kesejagatan Islam di negara ini,” katanya.



Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berkata, hasil kajian jawatankuasa tertinggi itu kelak akan dikemukakan kepada Majlis Raja-Raja dengan cadangan penambahbaikan bagi pentadbiran dan pengurusan hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan agar ia berada di atas landasan yang betul.

Sumber: Malaysia Today



.................
http://pakdin.my/tag/islam/
http://pakdin.my/tag/raja-melayu

58 comments:

  1. Alhamdulillah, kerajaan yg ada sekarang dah tak boleh diharapkan.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah... kerajaan sekarang telah mula menunjukkan meminggirkan agama islam.

    ReplyDelete
  3. Semoga berjalan lancar serta dipermufahkan oleh Allah SWT.

    ReplyDelete
  4. Lepas ni pdrm dan atm pulak bawah kuasa raja raja supaya tidak di politikan...

    ReplyDelete
  5. Mca mic gerakan dap dan seumpamanya terhindar dari komen dan ikut serta dlm isu islam.. ini cara ... cuma kita nak tgk perlaksanaan dipihak kerajaan dari jk tertinggi ini... adakah ia spt fatwa2 yg terbiar tidak dikuatkuasakan oleh undang2.... tq

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah terbaik ...daulat raja2 melayu...Semoga Allah melimpah rahmat dan dibawah lindungan Allah keatas raja2 melayu aminnn

    ReplyDelete
  7. #baruakurasanakrespekbalikmajlisraja2

    ReplyDelete
  8. Benda xad pe2 umno bn bangsat ni saja buat hal

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah semoga dipermudahkan dan melimpah rahmat dibawah lindungan Allah swt... Daulat Tuanku raja2 Melayu

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah..

    Kita berdoa bersama.m

    ReplyDelete
  11. Sokong 200%
    Jangan ada yang menghalang hak agama Islam
    Jangan ada yang mengganggu dan mempertikai agama resmi negara
    Hidup Raja-Raja Melayu

    ReplyDelete
  12. betul tu jgn hak org islam dipertikaikan

    ReplyDelete
  13. Raja itu pya kuasa ...jg Biarkan rejim ph merusak islam npribumi

    ReplyDelete
  14. Alhamdullillah..semoga dalam lindungan Allah..dipermudahkan segala urusan..Daulat tuanku..

    ReplyDelete
  15. Bumi Warisan yg Berdaulat..bukan sembarangan tempat yg d huni d tumpangi berbagai manusia...

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah...semoga keharmonian islam terjaga

    ReplyDelete
  17. Bagus, kukuhkan system diraja Dan pertahankan Islam diMalaysia

    ReplyDelete
  18. Jangan ada geng dap masuk untuk jadi pencelah.udah la.

    ReplyDelete
  19. Tu bagus zaman agung Dan PH sekarang,najib xde kan

    ReplyDelete
  20. Allahuakbar!!!! Daulat Tuanku..!!

    ReplyDelete
  21. Raja2 harus bertindak skrang demi islam dan melayu ...jgn harap krajaan PH tomato...ada menteri agamanya pun lebih kpd lgbt..syiah...dan tokong dapig

    ReplyDelete
  22. Allhamdulliah daulat tuanku.. Patik rakyat anak sabah

    ReplyDelete
  23. Ada sesuatu dlm PH yg menggusarkan raja2 kita

    ReplyDelete
  24. Goyanglah sikit Mahadhir nak kucar kacirkan islam. Kalau nak sebelih babi kena fikir dua kali.

    ReplyDelete
  25. What is murka? Kenapa xdak tindakan dekat MP yg biadap 2?

    ReplyDelete
  26. Terbaik majlis raja raja sebab skrg semua dah tiada suara

    ReplyDelete
  27. Kita org bawahan kbykannya byk buat andaian yg salah tentang islam , raja2 dan k,jaan , kita serahkn urusan negara dan agama islam dan lain2 kpd yg memegang tangung jawab , tak perlu kita utarakn pdpt kita , kecuali di pinta , pru 14 sdh blalu , ini lh pilihan rakyat , baik buruk kita terima jer lh , jgn byk soal , jika tak puas hati tgu lh 5 tahun lg ,

    ReplyDelete
  28. Daulat tuanku..patik amat bersetuju tuanku.

    ReplyDelete
  29. Yg ni ditungu2...Daulat Tuanku... terbaik..

    ReplyDelete
  30. niy baru betol melayu darah pahlawan..hak kita kene jge..
    daulat tuanku

    ReplyDelete
  31. Sokong 99999999%...gunakan kuasa RAJA-RAJA MELAYU...DAULAT TUANKU...

    ReplyDelete
  32. Perkasakan lagi kedudukan Islam,Bangsa Melayu dan Institusi Raja2 Melayu.

    ReplyDelete
  33. Alhamdulillah syukur aamin daulat tuanku

    ReplyDelete
  34. Alhamdulillah
    Semoga dipermudahkan segala urusan Raja2 Melayu dlm memartabatkan Agama Islam di tanah melayu yg tercinta ini.
    DAULAT TUANKU......

    ReplyDelete
  35. AKU NAK TENGOK ADA TAK MACAI2 MELAYU PH HARAM JADAH BERANI MEMPERTIKAIKANNYA...

    ReplyDelete
  36. Klu dah tubuh kan nanti apa peranan ulamak mufti ?
    Agama islam bukan boleh buat keputusan bedasar kan pendapat parti politik.

    ReplyDelete
  37. Syukur Alhamdulillah.
    Sama-sama kita berdoa semoga Allah mempermudahkan segala urusan demi BANGSA MELAYU, NEGARA MALAYSIA SERTA AGAMA ISLAM.

    ReplyDelete