Lebih 1,000 Sekolah Di Sarawak Ditamatkan Perkhidmatan Unifi - Randau Sarawak

Breaking

Monday, July 16, 2018

Lebih 1,000 Sekolah Di Sarawak Ditamatkan Perkhidmatan Unifi

“Mereka (PH) menggantikan perkhidmatan internet ini dengan perkhidmatan jalur lebar Zoom YES dengan kelajuan minimum 1Mbps dan maksimum 4Mbps oleh YTL Communication Sdn Bhd.”

KUCHING - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang kecewa dengan keputusan Kementerian Pendidikan menamatkan serta merta perkhidmatan Internet TM Unifi di lebih 1,000 sekolah di negeri ini.

Bercakap pada sidang media di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, Lo berkata keputusan tersebut merupakan satu tindakan yang tidak masuk akal dan tidak bijak.

Menurut Lo, perkhidmatan unifi berkelajuan 100Mbps yang dibekalkan di sekolah-sekolah ini sebelum ini dibayar oleh kementerian namun ditamatkan selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan.

“Tindakan Kerajaan PH ini bukan sahaja menjejaskan lebih 1,000 sekolah dan jadual pembelajaran malah turut menyebabkan lebih 2,000 guru kehilangan kerja sebab kelas komputer ditutup.

“Saya tidak faham mengapa Kerajaan PH membuat keputusan ini yang mana bagi saya adalah tidak masuk akal dan tidak bijak,” katanya.

Tambah Lo, di Sarawak, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengambil inisiatif untuk meningkatkan kelajuan fasiliti internet.

Tetapi Kerajaan PH, jangankan memberi 100Mbps tetapi sebaliknya mereka menarik balik perkhidmatan internet 100Mbps ini.

“Mereka (PH) menggantikan perkhidmatan internet ini dengan perkhidmatan jalur lebar Zoom YES dengan kelajuan minimum 1Mbps dan maksimum 4Mbps oleh YTL Communication Sdn Bhd.

“Bagaimana sekolah dengan bilangan komputer yang banyak dapat mengendalikan komputer dengan kelajuan internet hanya 1Mbps hingga 4Mbps.

“Ini adalah tidak masuk akal dan tindakan tidak bijak oleh Pakatan Harapan. Kita cuba mempromosikan pendidikan dan sebab itu kita minta menguruskan sendiri sumber negeri ini untuk tujuan-tujuan ini,” katanya.



No comments:

Post a Comment