Kaedah SPRM selesai isu 1MDB jejas integritinya

#RuleOfLawRimba #KerajaanTomato #DosaDosaMahathir #PakatanHipokrit #AGTakTahuBahasaMelayu #DakwaDuluBuktiKemudian #PendakwaanPersepsi
-----------------------
Sejak Mei selepas Pakatan Harapan (PH) ambil alih kerajaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) memanggil beberapa individu bagi melengkapkan siasatan berkaitan 1MDB termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Bekas Perdana Menteri itu dipanggil memberi keterangan pada 22 dan 24 Mei di ibu pejabat SPRM manakala Rosmah pula pada 5 Julai.

Dalam pada itu, ramai lagi individu mungkin sudah dan akan memberi keterangan kepada SPRM selepas kenyataan Ketua Pesuruhjaya Datuk Seri Datuk Seri Mohd Shukri Abdull meminta pemilik akaun yang dibekukan berjumpa pihaknya.

Berdasarkan laporan NSTP, sebanyak 408 akaun bank membabitkan dana RM1.1 bilion dibekukan Pasukan Petugas Khas 1MDB setakat ini.

Pembekuan akaun bank dilakukan pada 26 dan 29 Jun lalu membabitkan akaun milik individu, parti politik serta badan bukan kerajaan (NGO).

Shukri di dalam kenyataannya juga meminta pemilik akaun yang dibeku membuat pengisytiharan serta memulangkan balik wang yang dikatakan ada kaitan dengan 1MDB.

Beliau juga memberi amaran kepada pemilik akaun sama ada individu, parti dan NGO supaya menyerahkan wang 1MDB secara sukarela, tetapi jika gagal tindakan undang-undang akan diambil.

Menurutnya, pihaknya akan memastikan semua wang 1MDB yang mengalir ke mana-mana akaun akan dikembalikan semula dengan menggunakan semua bukti dan maklumat yang ada.

Peliknya di dalam proses ini, SPRM sepatutnya menjalankan siasatan berdasarkan bukti yang ada bukannya Ketua Pesuruhjaya membuat kenyataan berbaur ugutan seperti itu.

Jika sebelum ini integriti SPRM kerap dipersoal termasuk cara membawa Shukri masuk semula menerajui suruhanjaya itu, kaedah diguna pakai sekarang sekali lagi menyebabkan integriti dan kredibiliti SPRM tercalar.

Adakah ini satu proses urus tadbir undang-undang yang bersih dan telus seperti diuar-uar pemimpin PH jika mereka memerintah negara?

Sedangkan dalam masa sama, pelbagai pihak mempersoal mengapa kes Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ditolak ke tepi atau menyimpannya di bawah karpet.

Ini belum lagi ambil kira kes Najib yang dihadapkan ke mahkamah sedangkan kertas pertuduhan belum siap.


-----------------------
Rujukan:
http://pakdin.my/tag/sprm

http://pakdin.my/tag/shukri-abdull



Author:

Facebook Comment