Jika sekolah Cina dapat, kenapa tidak Tahfiz? - Randau Sarawak

Breaking

Monday, July 30, 2018

Jika sekolah Cina dapat, kenapa tidak Tahfiz?

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) gesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk turut pertimbang bajet kepada sekolah swasta lain termasuk institusi tahfiz dan sekolah agama rakyat.



Presidennya, Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, jika PH berhasrat beri peruntukan kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) sebagai sebahagian daripada belanjawan pembangunan kerajaan Persekutuan, kerajaan juga tidak seharusnya menidakkan bantuan kewangan kepada sekolah swasta di bawah institusi pendidikan agama.



“ABIM menggesa kerajaan PH membuat pertimbangan serius untuk memberikan peruntukan tahunan serta layanan yang sama kepada sekolah swasta lain dalam pelan holistik kewangan negara terutama dalam perbelanjaan pembangunan kerana banyak sekolah swasta agama yang lebih memerlukan.



“Kerajaan tidak seharusnya menidakkan bantuan kewangan kepada sekolah swasta termasuk institusi tahfiz dan sekolah agama rakyat terutama yang menggunakan kurikulum kebangsaan dan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara serta silibus yang selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.



Beliau mengulas kenyataan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik bahawa kementerian itu tidak menyediakan peruntukan kewangan kepada SMPC dan tidak termasuk dalam sistem pendidikan kebangsaan.



Namun Maszlee kemudiannya berkata, peruntukan kerajaan PH kepada SMPC akan dimasukkan ke pelan kewangan holistik kebangsaan dalam bentuk perbelanjaan pembangunan namun keperluan dan bentuk peruntukan itu akan diputuskan berdasarkan kepada prestasi ekonomi keseluruhan serta selepas berbincang dengan Kementerian Kewangan.



Rujukan http://pakdin.my/tag/tahfiz

15 comments:

  1. bayar dlm bentuk perbelanjaan bangunan...bukan peruntukan...byk boleh exjas persen la nnt sbb byr dlm pelan utk buat bangunan...

    ReplyDelete
  2. mne tahfiz dibela?ph xkn bela tahfiz...

    ReplyDelete
  3. Kementerian merujuk kepada kementerian khasnya kewangan dan bukan di putuskan oleh jemaah menteri dalam perkara perkara asas dan utama menampakkan ketempangan pentadbiran kerajaan Ph.. dan menghakis kewibawaan dan ketelusan dasar dan pentadbiran kerajaan...

    ReplyDelete
  4. Setuju spt yg dicadang YB Menteri Pendidikan supaya dimasukkan ke dalam Pelan Kewangan HOLISTIK Kebangsaan.... harap diluluskan oleh YB Menteri Kewangan dan dipersetujui YAB PM.... terima kasih ABIM krn mengingatkan...

    ReplyDelete
  5. Inilah padahnya apabila kita sudah dijajah dialaf baru

    ReplyDelete
  6. TOLONG JADI KERAJAAN JANGAN BERAT SEBELAH DI MALAYSIA TIDAK SEMUA NYA BANGSA CINA SAJA YG ADA...ADA JUGA BANGSA MELAYU, INI MASIH LAGI SATU NEGARA YANG BERBILANG KAUM, JADI SEKOLAH² LAIN JUGA SEPATUT DAPAT APA YG DI BERI PADA PUAK² MUNAFIK NI HARAP DI PERTIMBANGKAN......

    ReplyDelete
  7. Itu la kalau menteri pelajaran tu separuh cina separuh melayu... kalau dah otaknya menangkan bangsa lain betul2 tahap melampau

    ReplyDelete
  8. Kata nk perubahan kerajaan bru, rakyat yg memilih katanye bagus sgt kerajaan pakaton mangkok hayung menipu menfitnah kencing hancing bering.. Haa tepuklah ramai2

    ReplyDelete
  9. Semua sekolah persendirian patut dpt. Baru adil.

    ReplyDelete
  10. Rakyat mempersoal mengapa perlu biar Mahathir tadbir negara.

    (http://pakdin.my/rakyat-mempersoal-mengapa-perlu-biar-maha…/)

    Kini telah mula tersebar di media sosial tentang keresahan mengenai kepercayaan kepada Perdana Menteri Malaysia Baru.
    Ini adalah kerana sejak seminggu sudah, telah tersebar mesej beratai yang menyedarkan natizen mengenai rekod buruk Tun Mahathir ketika beliau menjadi PM ke-4 selama 22 tahun.
    Natizen menpersoalkan tentang kemampuan Mahathir unyuk memajukan ekonomi negara sedangkan boleh dikatakan 90% daripada perniagaan yang dibuat semuanya rugi dan muflis.
    Di bawah adalah senarai rekod,
    #Perniagaan_Besar_Yang_diilhamkan_Tun_M:
    Perwaja - Rugi
    Maminco - Rugi
    MAS - Rugi
    Bank Bumi - Rugi
    MEC Gambang - Rugi
    Proton - Rugi
    Sepang Circuit - Rugi
    Cyberjaya - hampir gagal
    Bakun - terpaksa diselamatkan
    TNB - Rugi (Kena tipu dengan IPP yg diilhamkan Tun)
    SUKOM - rugi
    Bank Negara - rugi
    Ringgit - jatuh
    Tol - rugi (memanjang kena bayar pampasan)
    #Perniagaan_Kecil_Yang_Diilhamkan_Tun_M:
    Kedai Roti The Loaf - rugi (kemungkinan bakal dibuka semula)
    Rakyat golongan B40 mula gelisah terutama natizen di media sosial kerana pelbagai kerugian telah dialami oleh Makaysia Baru seperti kehilangan banyak pekerjaan, inflasi, larinya pelabur-pelabur dan kejatuhan matawang dan nilai harga pasaran saham.
    Harga minyak juga masih tinggi dan pelbagai janji Manifesto PH dilihat masih gagal dilaksanakan walaupun kerajaan BN telah meninggalkan rizab dalam dan luar negara yang amat banyak kepada Kerajaan PH.
    -Tun Carlos
    #prkSungaiKandis #DosaDosaMahathir
    Rujukan: http://pakdin.my/tag/mahathir

    ReplyDelete
  11. #awaspesakitmental setelah kalah pru dan bekalan dedak pon dah hampir abis macai2 tak kenang budi najib dah pakar bab agama,.politik, ekonomi.itu kesan bila dah.kurang makan dedak

    ReplyDelete
  12. Jgn dianak tirikan tahfiz.. wahai menteri pendidikkan...gunakan akal...

    ReplyDelete