Hutang Malaysia masih terkawal - Bank Dunia


#KERAjaanmunaPHik #DosaDosaMahathir #FaktaBukanAuta #PakatanAuta #HariIniKahwinBesokBeranak

Bila KERAjaan Pakatan MunaPHik nak pulangkan duit derma?

Bank Dunia menyifatkan hutang Malaysia masih terkawal dan tidak akan menjerumuskannya ke dalam krisis terutama dari segi tukaran asing kerana 97.7 peratus daripada hutang negara adalah di dalam ringgit.

Ketua Ekonomi Bank Dunia (Malaysia), Dr Richard Record, berkata Malaysia masih berisiko rendah meskipun berdepan dengan masalah jumlah hutang negara yang mencapai angka RM1 trilion.

"Jumlah itu (hutang), sebanyak 97.7 peratus adalah dalam denominasi ringgit. Ia wajar menyediakan risiko terhad kepada kerajaan daripada segi pendedahan kepada tukaran asing.

"Hampir 70 peratus daripada hutang berkenaan juga adalah hutang jangka sederhana dengan tempoh matang melepasi tiga tahun, sekali gus menyediakan risiko terhad daripada aspek terma pulang ganti," katanya ketika ditemui selepas pelancaran laporan Pemantau Ekonomi Malaysia (MEM): Menavigasi Perubahan ke-18, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Negara Bank Dunia bagi Brunei,  Malaysia, Filipina dan Thailand, Dr Mara Warwick.

Pada masa sama, Record berkata adalah penting bagi kerajaan baharu memastikan hutang berkenaan ditangani dengan telus, berhati-hati dan melaksanakan pengurusan yang berhemat.

Berdasarkan laporan Bank Dunia, kemampanan fiskal jangka panjang akan mendapat manfaat daripada pembaharuan bagi mempelbagaikan sumber pendapatan fiskal dan meningkatkan kecekapan perbelanjaan.

Selain itu, ia juga berkata, usaha diperlukan bagi mengukuhkan daya tahan menghadapi cabaran masa depan, meningkatkan kualiti pekerjaan dan menyesuaikan diri dengan realiti penduduk yang berdepan dengan penuaan masyarakat.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dapat membantu memulihkan perolehan hasil kerajaan selepas pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Record berkata, perkara itu masih perlu diteliti.

"Kami menaruh jangkaan mengenai SST yang baharu dan kami percaya ia akan agak berbeza berbanding sebelumnya," katanya.

Dalam pada itu, Record juga menegaskan, Malaysia perlu meningkatkan penguasaan ekonomi digital bagi terutama dalam sektor perniagaan bagi memastikan negara ini tidak ketinggalan berbanding negara serantau lain.

Menurut laporan MEM, tahap penerimaan digital dalam perniagaan di negara ini adalah purata bagi pendapatan sederhana rendah. Hanya sejumlah 62 peratus perniagaan yang mempunyai kemudahan internet, 46 peratus memiliki akses kepada perkhidmatan jalur lebar tetap dan 18 peratus memiliki beberapa kemudahan web.



https://pakdin.my/tag/hutang-negara



Author:

Facebook Comment