Forum : Perlukah kita menulis semula buku sejarah kita? - Randau Sarawak

Breaking

Monday, July 30, 2018

Forum : Perlukah kita menulis semula buku sejarah kita?

Baru tadi berkesempatan untuk menghadiri forum yang dianjurkan di KL Sel Chinese Assembly hall. Saya tak tertarik dengan tajuknya, tetapi dengan logo yang digunakan penganjur. Kelihatan seorang komunis berjalan bersama-sama dengan orang Melayu. Seolah olah seiring dan sejalan. Dari logo sahaja kita boleh simpulkan betapa 'bias' nya forum ini. Apatah lagi tajuknya.



Saya dan rakan-rakan hadir dengan tujuan untuk mengetahui lebih lanjut, apa isi forum tersebut. Jelas ahli panel mereka membicarakan tentang bagaimana perlunya buku sejarah anak-anak kita dimasukkan fakta-fakta tentang perjuangan komunis ketika zaman sebelum dan selepas kemerdekaan. Mereka menuduh buku sejarah menyembunyikan banyak fakta tentang 'perjuangan' komunis untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Mereka mahu buku sejrah dimasukkan narratif sejarah dari pihak komunis sendiri. Dengan kata lain, mahu rakyat mengiktiraf perjuangan komunis itu sendiri.



Sampai saja sesi soal jawab, saya terus mengambil kesempatan untuk bertanya. Rezeki saya kerana dapat giliran pertama.



1. Apakah justifikasi ahli panel keatas tindakan komunis yang telah membunuh ramai orang tak kira bangsa ketika selama mereka berkuasa ? Mereka adalah orang kampung yang tidak terlibat dengan Jepun dan British. Orang biasa sahaja.



2. Apa perlunya kehadiran seorang jurualih bahasa untuk menterjemahkan kata-kata ahli panel kepada bahasa Mandarin hadirin yang hadir sedangkan hampir semua yang hadir rakyat Malaysia ?



Soalan pertama saya dijawab dengan kenyataan bahawa kita berada didalam peperangan pada ketika itu. Malah ahli panel juga menyatakan bahawa diskusi forum pada hari ini ialah untuk membincangkan tentang penulisan semula buku sejarah, bukan tentang siapa baik atau jahat. Perbincangan itu perlu dibincangkan dalam forum yang lain.



Selepas ramai yang tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan, suasana menjadi agak riuh. Cubaan untuk memutarkan jawapan oleh ahli panel tiadak berjaya. Kami mahukan jawapan, bukan mahu lihat ahli panel 'taichi' .



Untuk soalan kedua, jawapannya lagi pelik.



Fadiah Nadwa meyatakan mereka mahu meraikan mereka yang hadir yang datang pelbagai kaum. Kalau begitu, kenapa tidak dibawa translator bahasa Tamil sekali ?



Kemudian Fadiah menyamakan orang Cina dan lain-lain yang datang seperti immigran di barat. Dan saya disamakan sebagai seorang yang 'White Supremacist' kerana bertanyakan soalan sedemikian. Terus saya tanyakan balik ( keadaan semakin kecoh ) Tidak ada sepatah pun dalam soalan saya yang menuduh sesiapa pendatang. Sebaliknya Fadiah yang menyamakan hadirin yang hadir sebagai pendatang dengan menyamakan mereka dengan immigran Timur Tengah di negara Barat. Beliau sekali lagi menuduh saya seperti 'White Supremacist' .



Malah, ada ketika menjawab soalan salah seorang hadirin, Fadiah menyamakan perjuangan komunis dengan perjuangan rakyat Palestin berjuang menentang pendudukan Israel. KOMUNIS DISAMAKAN DENGAN PEJUANG PALESTIN !!



Anda rasa?



Pada pandangan saya, forum ini gagal. Ahli panel bukan mereka yang terlibat dengan penyediaan buku teks atau proses penerbitan. Malah tiada ahli akademik yang boleh mengulas tentang sejarah dijemput.



Secara peribadi, saya langsung tidak setuju, dimasukkan narratif sejarah dari sudut komunis sendiri. Anak-anak disekolah yang masih tidak tahu membezakan baik buruk, ingin disuap dengan fakta sejarah dari sudut komunis sendiri. Anda mahu ? Saya tidak.



Apa-apa pun, yang membanggakan adalah, kehadiran ramai anak-anak muda yang ingin membantah penyebaran fahaman tersebut di kalangan murid-murid sekolah. Mereka ini lahir di zaman komunis sudah tiada. Namun mereka faham akan bahayanya fahaman komunis ini..



Saya tabik anda semua. Takyah tag. Anda tahu siapa anda.



- Nazrin Norani

2 comments:

  1. Sejarah Baru oleh Kerajaan PH baru ditemui oleh MP mereka.....Melayu adalah pendatang....Komunis adalah Wira di Tanah Melayu Melawan Penjajah.

    ReplyDelete
  2. Ahli panel pun orang muda. tak tau dan tak pernah merasakan suasana kekejaman bintang tiga....ideologi komunis pun dia orang dah tak ambil kesah..ahli panel yg bertudung itu pun baru nak mengenal dunia..tak tau mana yg baik dan mana yg perlu dipertahankan...tak perlu diubah sejarah yg telah trmaktub..

    ReplyDelete