Elaun Sara Hidup Nelayan Di Mansuhkan – Mahathir - Randau Sarawak

Breaking

Monday, July 9, 2018

Elaun Sara Hidup Nelayan Di Mansuhkan – Mahathir

#KERAjaanTomato #Mahazalim #KosSaraHidupRakyat #PenaikHarga #RakyatDiTindas #MalaysiaMemilih #MalaysiaBaru

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya masih tidak senang dengan bantuan bulanan kepada nelayan, walaupun menteri kabinetnya memberi jaminan elaun sara hidup berkenaan tidak akan dimansuhkan.



Mahathir sekali lagi mengulas mengenai elaun nelayan dalam wawancara dengan laman web perniagaan Investvine yang diterbitkan hari ini.



“(Kerajaan terdahulu) memberi duit kepada nelayan, sama ada mereka menangkap ikan atau tidak, itu bukan soalnya, mereka mendapat (RM) 300 sebulan seperti gaji.



“Sekarang kita tidak mampu berbuat demikian kerana wang yang diberikan kepada mereka telah diambil daripada kerajaan atau daripada sumber haram,” katanya.



Dua minggu lalu Mahathir dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub memberikan kenyataan bertentangan mengenai bantuan elaun sara hidup nelayan antara RM200 dan RM300 setiap bulan.



PM kata batal, menteri kata kekal



Mahathir dalam temu bual dengan Malay Mail, berkata bantuan itu akan dibatalkan, tetapi Salahuddin dalam satu sidang akhbar berkata ia akan dikekalkan.



Salahuddin kemudian mengeluarkan satu lagi kenyataan berkata Mahathir bermaksud menghapuskan insentif tunai satu kali oleh kerajaan BN kepada nelayan dan bukannya elaun sara hidup bulanan.



Terdahulu dalam wawancara Investvine itu, Mahathir menjelaskan pemberian wang tunai secara umumnya dapat menjejaskan daya saing mereka dan mewujudkan pergantungan kepada bantuan kerajaan.



“Ini melemahkan etika kerja mereka, mereka tidak lagi bekerja untuk mendapatkan nafkah. Mereka merasakan bahawa walaupun kamu tidak bekerja, kerajaan mempunyai amanah untuk membantu mereka dan ini tentunya sangat buruk kerana ini bermakna mereka tidak berdaya saing.



“Akhirnya bilangan orang yang memiliki daya saing akan berkurangan dan mereka tidak akan dapat membayar cukai yang diperlukan oleh kerajaan untuk menyokong gaya pentadbiran (BN) yang sangat boros ini yang memberikan hadiah percuma kepada rakyatnya.



“Jadi, kita perlu mengubahnya dan sudah tentu ada kosnya,” katanya.






http://pakdin.my/tag/nelayan/

51 comments:

  1. Elaun sara hidup kroni jer di adakan semula!!!!

    ReplyDelete
  2. Tahniah nelayan pemangkah PH. Pilihan korang.

    ReplyDelete
  3. Bkn mansuh..d hapus kn...duk temenung je lh ya...

    ReplyDelete
  4. kesian pakcik dan sepupu aku nelayan...ermmm..

    ReplyDelete
  5. Elaun dah dimansuhkan, yg ada malaun kroni je

    ReplyDelete
  6. Nak cover elaun sara hidup kroni banyak sgt. Bg nelayan buat apa? Xleh bt projek. -mahacai kencing malam

    ReplyDelete
  7. Kerajaan zalim, kerajaan xde kebajikan

    ReplyDelete
  8. dia tdak manaik pemrintahan 22 tahun rakyat sudah tahu sebok dgn jujuran keiklasan elak gejala rasuah salah guna kuasa konon nya zaman dia perintah byk pekara ini berlaku sbab 4 menteri d singkirkan nya haprak ni

    ReplyDelete
  9. nelayan kecik takde makna buat Madey, tak boleh buat untung pada dia dn anak2. duit elaun bagi kt kroni lagi bagus.... masyuuukkkkk

    ReplyDelete
  10. ELAUN SARA HIDUP KRONI.( ASAK )

    ReplyDelete
  11. Kau nak maen2 dgn nelayan ke.., ko tunggu maddey.. kami gegarkan putrajaya,,

    ReplyDelete
  12. Hahahahahhaha... Da puas ke kna kncing puak ph hancing ke nk kna tggu kncing lagi bru kau nak sdar hahahahahahaha

    ReplyDelete
  13. Kesiannn..nelayan tu pendapatan dh la x menentu..zalim sgguh firaun

    ReplyDelete
  14. sesal.dhulu tk berguno,,,,,,,,nk sgt kerajaan tomato

    ReplyDelete
  15. You ask for it.. Salah pangkah dapat taik.. U kzm

    ReplyDelete
  16. Kerajaan tomato dh takde duit senang cakap. Nk harap hasil minyak.. Harga turun. Tunggu la semua harta2 meteri2 ph pulak disita Baru boleh kot ha ha ha ha..

    ReplyDelete
  17. Elok la tu.nelayan byk yg undi ph.mereka sndri yg memilih rasakan

    ReplyDelete
  18. Depa dh suka...x pe lh...jual lh ikan mhal lg...Tun bkn mkn ikang pung..

    ReplyDelete
  19. Korang cuba flash back zaman atuk ni dulu ada ka bantuan nak sara2 idup rakyat. X dakkk.. Budak skolah nk dpt bantuan BKP pn berapa kerat aje. Aku form 5 baru dpt walaupun status anak yatim. 2 pn nasib baik top student. klo x taubat la nk merasa bantuan.. Zaman DSN je banyak diwujudkan bantuan utk kebajikan rakyat ni..

    ReplyDelete
  20. Apabila pemerintah bersekutu dengan kafir harbi yg terang² menolak dan menghina Agama Islam!

    ReplyDelete
  21. 99% memilih,kakak saya dok tg lumpur kuantan suami dia nelayan almost megundi ph.even dia kakak sya tp im ok with them.mereka memilih mereka kne hadap la.

    ReplyDelete
  22. Rindu zaman mahadhir..amacam dah dpt hilangkan kerinduan ker

    ReplyDelete
  23. Slh dorg dgn anak2 dorg jgk.. Pdn muke

    ReplyDelete
  24. Malaysia baru yg Kaya semakin Kaya yg susah semakin susah..

    ReplyDelete
  25. System kasta kutty sudah bermula...

    ReplyDelete
  26. org muda buat pilihan katanye..bila pilihan xbrpihak pde dieorg..maka..org lain jdi mangsa...

    ReplyDelete
  27. Apa la sangat RM300 sebulan tu (duit rokok aku lagi lebih)..USA boleh bagi USD450 seminggu (dekat RM8 ribu sebulan) pada penganggur..tak campur kupon2 makanan lagi..tak bengkrap pun USA..rakyat USA tak malas kerja pun.

    ReplyDelete
  28. Kutuk lagi gst yg BN buat itula sumbernya yang mengharmonikan ekonomi.

    ReplyDelete
  29. Diorg sendiri yg sokong..geng teksi geng nelayan..sekarang dah terduduk terdiam..

    ReplyDelete
  30. para nelayan ajk la atok tua tu turun laut skli..bru dia tahu laut tu dalam ke tak..ops...jgn lupa bg dia buah labu..MADEY DENGAN LABU LABU NYA..HAHAHAHAHA

    ReplyDelete
  31. Afzanizam Sahuriddin atok turun laut dgn kapal selam.. Sbb tu klau ajak naik bot tak mau.. Sbb tau takkan smpai laut dlm.. Kapal selam sungguh mengkhayal kan.. Husseinnnnn...

    ReplyDelete
  32. Kalau hujan dah tak boleh kerja...

    Ribut melanda...
    Anak2 nk makan apa..... Nasib baik ada ikan masin.
    DSN perhatian bantuan bulanan UTK nelayan dan pekebun getah.
    Berjimat2 dgn duit yg ada tu.

    ReplyDelete
  33. Nah.....trimala...atas pemilihan yg terbaik....PH

    ReplyDelete
  34. X pee.... rezeki dr Allah ada... mane yg sekat rezeki tu faham2 la

    ReplyDelete
  35. Kayun Tun M kayun, gerek tua brek tak makan dah,,,,,,kayuh2

    ReplyDelete
  36. Ko sorang je yg tahu nak makan ke madey

    ReplyDelete
  37. Lps ni klu ikan mahal blh guna alasan ni. Nelayan xde duit tpksa ltk hrga tggi. Yg mndapat kita ni laaa. Ingtkn gst xde mmbntu rupanyer mkin beban... seronok tak korg yg rkyat yg bijak sgt memilih... berkira sgt 6% sbb katanyer pnyamun ambik. Pnyamun yg korg kata tu pulang blik 6% kt rkyat. Yg kata nk mnyelamatkn ni byk bg kt kroni...

    ReplyDelete