Durian goreng berkeju, menu unik di Batang Kali - Randau Sarawak

Breaking

Sunday, July 29, 2018

Durian goreng berkeju, menu unik di Batang Kali

BATANG KALI - Seorang peniaga di sini menyediakan juadah unik — durian goreng berkeju — yang mendapat sambutan ramai.



Nur Emyza Samsudin, 25, yang berniaga di kawasan lot kedai pemaju JRD Development di sini memperkenal menu itu sejak 2016, lapor Sinar Harian.



“[...] memang ramai yang suka durian dan bila saya cuba, rasa memang sedap dan pelanggan beri maklum balas positif,” katanya.



“Pisang dan cempedak goreng keju itu sudah biasa, jadi saya mahu beri
kelainan dan mencuba sesuatu yang baru.”



Setiap ulas, selalunya durian kampung, digoreng terlebih dulu sebelum disalut keju untuk menaikkan bau dan rasa buah itu.



Nur Emyza menjual dengan harga RM8 bagi lima ulas durian digerainya yang dibuka dari 4.30 petang hingga 7 malam setiap hari.



Berniaga di depan Lepak-Lepak D’Cafe, mereka juga menjual pisang goreng berkeju, donat coklat, donat Nutella dan donat mini.



Turut menyediakan perkhidmatan penghantaran, mereka boleh dihubungi di 018 954 4757 atau semak di



Facebook: Pisang Cheese Batang Kali.

No comments:

Post a Comment