Baru Bian akui pikul tanggungjawab berat sebagai Menteri Kerja Raya


Menteri Kerja Raya yang baharu, Baru Bian menyedari bahawa portfolio disandangnya merupakan suatu tanggungjawab yang besar dan berat.

Namun, kata Presiden PKR Sarawak itu, beliau akan berusaha memberikan yang terbaik untuk memastikan Kementerian Kerja Raya efisien, telus dan bertanggungjawab dalam semua urusan diamanahkan.

“Saya berbangga kerana dilantik sebagai Menteri Kerja Raya baharu di bawah kepimpinan kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan yang diketuai Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri atas keyakinan yang ditunjukkan kepada saya, “ katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi.

Tambahnya, beliau dengan rendah hati meminta semua pihak mendoakan agar dirinya dapat menjalankan tugas baharu tersebut. - UTUSAN ONLINE


Facebook Comment