UDaya kronisma dan nepotisme kembali di zaman pemerintahan Pakatan Harapan

Tindakan Tun Mahathir memberikan projek Langkawi New City yang bernilai RM30b kepada sahabat karib beliau iaitu Tan Sri Ting Pek Khiing adalah dilihat sebagai satu tindakan yang sangat gopoh dan apakah perlu Tun bertindak sedemikian ? Mengapakah Tan Sri Ting Pek Khiing begitu istimewa kerana baru dua puluh hari Pakatan Harapan memerintah, beliau sudah menerima projek begitu besar dari Tun Mahathir.

Amalan kronisme dan nepotisme telah mula kembali di dalam negara kita. Apakah tindakan Tun ini telah mendapat persetujuan daripada pihak Kabinet atau ini adalah sikap kebiasaan Tun sebagai seorang diktator dan begitu biasa dari dulu membuat keputusan sendiri tanpa ada perbincangan terlebih dahulu.

Bagaimana pula dengan pemimpin serta Menteri daripada parti DAP serta pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ada di dalam kerajaan hanya mampu membisu dan melihat sahaja perkara ini sedangkan sebelum ni mereka begitu lantang mempertikai dan menentang amalan kronisme dan nepotisme serta agenda intergriti dan rasuah. Adakah kesemua mereka iaitu Menteri daripada DAP serta PKR sudah menjadi seperti lembu yang dicucuk hidungnya.

Kini ternyata dan telah terbukti bahawa kesemua mereka seumpama lembu yang telah dicucuk hidungnya mengikut sahaja kehendak Tun Mahathir.

Yang menjadi persoalan ialah bagaimanakah seorang pemaju seperti Tan Sri Ting Pek Khiing yang pernah gagal pada satu ketika dahulu di dalam Projek Empangan Bakun di Sarawak serta telah menimbulkan pelbagai isu boleh begitu senang diberikan satu projek besar yang bernilai billion ringgit tanpa ada sebarang tender dikeluarkan sekaligus menidakkan peluang kepada kontraktor Bumiputera, tidakkah ini melanggar pengumuman kerajaan bahawa tidak ada lagi projek 'direct nego' atau Pemberian projek khas tanpa ada sebarang perbincangan dan diluluskan oleh Menteri Kabinet.



JUJUR AMANAH SATU PERJUANGAN
DATO' AZWANDDIN HAMZAH
Presiden
JARINGAN MELAYU MALAYSIA (JMM)


#FaktaBukanAuta #RinduZamanNajib #ManaDuitForex

Author:

Facebook Comment