Setiap Hari RM300 Juta Hilang - Randau Sarawak

Breaking

Thursday, June 21, 2018

Setiap Hari RM300 Juta Hilang

#FaktaBukanAuta #ManipulasiHutangNegara

Itu angka yang menakutkan sejak PH menjadi kerajaan di Putrajaya. Keyakinan pelabur dan komuniti perniagaan terhadap kredibiliti kerajaan PH makin hilang.

Mereka melihat sendiri bagaimana angka dimanipulasikan. Komuniti perniagaan percaya pada kredibiliti Moody's berbanding kenyataan "flip flop" Menteri Kewangan yang tiba tiba "disucikan" daripada pertuduhan rasuah di mahkamah.

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/06/13/moodys-maintains-malaysia-debt-burden-at-50pt8pct-of-gdp/

Penjualan saham Malaysia oleh pihak asing meningkat kepada RM1.21 bilion minggu lepas daripada RM903.1 juta minggu sebelumnya.

Secara purata, Malaysia kehilangan RM301.5 juta setiap hari pada minggu lepas berbanding RM180.6 juta setiap hari seminggu sebelumnya.

Penjualan asing itu kini telah berlarutan kepada 28 hari pasaran berturut-turut. Ini tidak termasuk RM20 bilion yang ditarik balik oleh warga asing dari pasaran bon kita sejak PRU14.

Sejak dua minggu yang lalu, Menteri Kewangan kerajaan PH terus mengatakan bahawa data kewangan dari institusi asing tidak tepat. Lebih teruk Menteri Kewangan PH itu mendakwa Moody’s juga tidak tahu keadaan sebenar masalah kewangan Malaysia.

Menteri Kewangan PH yang pernah digelar Umar Abdul Aziz itu suatu ketika dahulu, kemudian membuat "pendedahan" dan membayangkan bahawa rakan dagangan terbesar dan pelabur asing terbesar Malaysia telah terlibat dalam rasuah dengan kerajaan sebelumnya untuk menipu rakyat Malaysia berkenaan kedudukan sebenar kewangan negara.

Kemudian, Menteri Ekonomi baru PH, Azmin Ali memberitahu Financial Times UK bahawa keseluruhan ekonomi Malaysia berada dalam keadaan bermasalah dan beliau datang dari negeri terkaya untuk memegang jawatan di negara muflis.

Kalau begitu kenapa lepas jawatan jadi MB Selangor dan hendak jadi Menteri EPU? Buat apa pegang jawatan di negara yang muflis?

Pada dasarnya, dua menteri utama kerajaan PH ini yang bertanggungjawab terhadap ekonomi Malaysia telah secara sengajanya memberitahu dunia bahawa data Malaysia tidak boleh dipercayai, negara terbesar yang membeli eksport Malaysia terlibat dalam rasuah dan negara kita sudah muflis.

Bagaimanakah mesej-mesej tersebut akan membantu menanam keyakinan dalam ekonomi kita?

Tidak membantu langsung. Malah menggalakkan lagi pelabur daripada mengeluarkan duit dari Malaysia. Itu yang hilang sampai RM300 juta sehari itu.

Tengok ucapan Perdana Menteri PH pada malam Hari Raya. Ucapan yang tidak macam ucapan Hari Raya, masih lagi hendak berpolitik. Entah siapalah sediakan teks ucapan tersebut. Entah entah DAP agaknya.

PM kerajaan PH suruh rakyat berjimat dalam ucapan tersebut. Sedangkan akhbar Nikkei Asean melaporkan syarikat San Miguel (anak PM PH) ingin membeli beberapa aset negara. Amat kontradiks sekali.

Rakyat disuruh ikat perut. Rakyat disuruh hulur derma. Rakyat disajikan dengan cerita persepsi kononnya negara banyak hutang dan sebagainya. Sedangkan syarikat anaknya sendiri diam diam hendak membeli aset negara.

Bagaimana boleh jadi begitu? Tentu Rafizi lebih mengetahui dan pakar tentang San Miguel ini. Gas masak rakyat naik harga, tol tidak dimansuh, harga barang tidak turun, malah lebih teruk semalam siaran Piala Dunia pun rakyat kena tipu.

Rakyat dijanji siaran di TV1 dan TV2 untuk World Cup. Sampai kesudah semalam rakyat kempunan hendak tengok Jerman lawan Mexico. Undilah lagi PH, kan dah kena tipu. Sekarang siapa yang kena "hancing"?

Baru 39 hari usia kerajaan PH, lagi 61 hari nak cukup 100 hari. Sudah macam macam dah rakyat kena tipu.

Setiap Hari RM300 Juta Hilang



Tulisan :
Prof Madya Azizi Aaron

No comments:

Post a Comment