Ringgit Terus Ditutup Rendah, Kelemahan Pasaran - Randau Sarawak

Breaking

Friday, June 8, 2018

Ringgit Terus Ditutup Rendah, Kelemahan Pasaran

#MalaysiaMemilih #FaktaBukanAuta #MalaysiaBaru

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dengan sentimen terjejas oleh kelemahan pasaran ekuiti di seluruh rantau ini, kata seorang peniaga.

Pada 6 petang, unit tempatan berada pada 3.9870/9900 berbanding dolar AS daripada paras penutup 3.9750/9780 pada Khamis.

Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA, Stephen Innes, berkata pasaran sedang pesat membangun bergelut berikutan kekukuhan dolar AS dan aliran keluar ekuiti, apabila sentimen merebak ke pasaran ekuiti tempatan yang ditutup dalam segmen negatif pada Jumaat dan memberi kesan kepada ringgit.

“Dagangan ringgit sangat sensitif kepada sentimen risiko serantau, yang membayangkan sekiranya pasaran ekuiti tempatan mencatatkan prestasi baik, begitu juga ringgit,” katanya kepada Bernama.

Unit tempatan juga diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9836/9881 daripada 2.9849/9876 pada Khamis tetapi susut berbanding yen kepada 3.6468/6505 daripada 3.6159/6190.

Unit tempatan turun berbanding pound British kepada 5.3482/3534 daripada 5.3472/3524, tetapi meningkat berbanding euro ke 4.6903/6946 from 4.6977/7024.

Ringgit Terus Ditutup Rendah, Kelemahan Pasaran

-------------

No comments:

Post a Comment