Raja-Raja Melayu adakan perbincangan khas mengenai isu Peguam Negara pada Selasa - Randau Sarawak

Breaking

Monday, June 4, 2018

Raja-Raja Melayu adakan perbincangan khas mengenai isu Peguam Negara pada Selasa

Raja-Raja Melayu dijangka mengadakan perbincangan khas berkenaan jawatan Peguam Negara pada Selasa ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata warkah persilaan untuk perbincangan khas di Istana Negara itu telah dikeluarkan pada 1 Jun kepada Raja-Raja Melayu.

Syed Danial berkata ketika ini kerajaan dan Istana Negara belum ada persetujuan mengenai pemberhentian perkhidmatan Peguam Negara yang ada sekarang serta calon penggantinya.

"Raja-Raja Melayu mengikuti perkembangan ini (jawatan Peguam Negara) dan merasakan ada tanggungjawab untuk membantu menyelesaikan kekusutan ini," katanya.

Menurut kenyataan itu, di bawah Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan: "Yang di-Pertuan Agong hendaklah, atas nasihat Perdana Menteri melantik seorang yang layak menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara bagi Persekutuan.

Perkara 145 (5) Perlembagaan Persekutuan pula menetapkan: "...Peguam Negara hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dan, melainkan jika dia ialah anggota Jemaah Menteri, hendaklah menerima apa-apa saraan yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong."

Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali akan bercuti dan tempatnya digantikan oleh Peguam Cara Negara, berkuat kuasa serta-merta.

Dr Mahathir berkata Mohamed Apandi diberikan cuti berikutan terdapat beberapa aduan tentangnya walaupun belum ada sebarang laporan rasmi dibuat berhubung tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.





Rujukan:

#MalaysiaMemilih
#Mahazalim
#Mahafiraun
#FaktaBukanAuta
#RuleOfLaw
#KesetiaanKepadaRajaDanNegara

No comments:

Post a Comment