Penyalahgunaan kuasa dan perlantikan Penasihat Kerajaan yang bercanggah dengan Perlembagaan Negara - Randau Sarawak

Breaking

Saturday, June 16, 2018

Penyalahgunaan kuasa dan perlantikan Penasihat Kerajaan yang bercanggah dengan Perlembagaan Negara

#PenyamunForex #SkandalForex #DosaDosaMahathir #FaktaBukanAuta #RasuahPembelianBanglo #RasuahTerowongPulauPinang

Pemantau Malaysia Baru dengan tegasnya meminta pencerahan daripada kerajaan Pakatan Harapan yang nyata telah bertindak di luar skop Perlembagaan Malaysia dan 'rule of law' yang kerap dilaungkan. Dalam isu perlantikan Majlis Penasihat Kerajaan, Kerajaan PH tidak mengikut prosedur serta mencabar keutuhan Perlembagaan Persekutuan.

1) Prosedur apakah yang digunakan oleh Perdana Menteri dan kerajaan PH bagi perlaksanaan perlantikan 'Council of Eminent Persons' sebagai 'penasihat' kerajaan Malaysia? Adakah perlantikan terus yang dilakukan oleh PM bercanggah dengan Perkara 132(2) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa, 'kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata selainnya oleh Perlembagaan ini, kelayakan bagi pelantikan dan syarat-syarat perkhidmatan orang dalam perkhidmatan-perkhidmatan awam, selain orang dalam perkhidmatan yang disebut dalam perenggan (g) Fasal (1), boleh dikawal selia melalui undang undang persekutuan dan, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang sedemikian, oleh Yang di-Pertuan Agong.

Kerajaan PH jelas tidak mengikut mana-mana SOP atau dasar bagi perlantikan penasihat yang bertindak selaku 'kabinet mini' ini. Sebagai kerajaan yang menobatkan sikap telus, adil dan saksama dalam segala kegiatan pengurusan negara, adakah ini sistem 'Rule of Law' yang telah dijanjikan?

2) Bukankah perlantikan yang sebegini penting haruslah dari pejawat awam kerajaan kerana berkemungkinan terjadinya 'konflik kepentingan peribadi' atas sebab-sebab berikut:

a) Tun Daim merupakan bekas Menteri Kewangan zaman PM Ke 4 iaitu ketika Skandal Forex RM 31.5 billion didakwa berlaku. Sejak bersara, Daim telah menjadi seorang ahli perniagaan besar dalam industry perbankan antarabangsa. Apakah kemungkinan maklumat sulit kerajaan boleh dimanipulasikan oleh pihak-pihak yang dekat dengan Tun Daim seperti kes Zeti yang telah didakwa menyalahgunakan kuasa beliau untuk meraih keuntungan untuk keluarganya?

b) Adakah kemasukkan Tun Daim bersangkut paut dengan kejatuhan saham-saham syarikat GLC di Bursa Malaysia bagi tujuan pembelian oleh pihak-pihak tertentu pada harga rendah selepas ini?
Mengapakah kerajaan Pakatan melalui Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendedahkan maklumat dengan sewenang-wenangnya dengan pengetahuan yang ia akan mengakibatkan Bursa Malaysia jatuh selama 30 hari dengan kerugian yang dianggarkan sebanyak RM 12 billion? Siapa yang untung dan kenapa? Saya rasa Guan Eng wajib menjawab kepada rakyat berhubung perkara ini.

Kenapa syarikat Petronas yang mempunyai rizab tunai yang tinggi zaman Dato Sri Najib sehingga RM 164.7 billion (Mac 2018) perlu disenaraikan di Bursa Malaysia? Apakah peranan Petron & San Miguel yang sering dikaitkan dengan anak Perdana Menteri, Mirzan Mahathir dalam kegiatan ini? Siapa yang untung dan kenapa? Adakah laporan media Filipina yang menyatakan San Miguel bercadang untuk membeli aset kepunyaan kerajaan seperti Petronas itu benar?
Patutlah YB Menteri Kewangan dan Perdana Menteri beria-ia menipu angka hutang negara melebihi RM 1 Trillion, sedangkan angka sebenar yang disahkan oleh Bank Negara dan Moodys sendiri hanya RM 686.8 Billion.

c) Apakah hak Tun Daim untuk menuntut Ketua Hakim Negara dan Ketua Hakim Mahkamah Rayuan meletakkan jawatan? Kalau, faktor umur menjadi persoalan, bukankah keahlian Penasihat Kerajaan PH sendiri ada yang lebih tua dari 2 hakim ini? Bukankah peranan penasihat ini hanya khusus dalam menasihati Perdana Menteri dan kabinet Pakatan? Tindakan Daim boleh dianggap melampaui kuasanya dan bercanggah dengan Perkara 127 di mana perbincangan tindak tanduk seseorang Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi tidak boleh dibincangkan melainkan terdapatnya suatu usul yang khusus? Salahguna kuasa ini juga pernah ditekankan oleh Ramkarpal dan Sri Ram, dua tokoh perundangan negara ini.

d) Apakah peranan sebenar yang dimainkan oleh Zeti Aziz, Daim, Mahathir dan Nor Yakob dalam isu skandal forex sebanyak RM 31.5 billion pada tahun 1990an? Kenapa Zeti juga tidak diheret oleh SPRM untuk memberi affidavit tentang penglibatannya dalam kes 1MDB? Sehubungan dengan itu, apa alasan kerajaan PH melantik Zeti ke dalam majlis tersebut sedangkan beliau merupakan saksi utama dalam kes penjualan saham Southern Bank di mana maklumat sulit kewangan Souhern bank dipercayai dimanipulasikan oleh suami Zeti Aziz iaitu Datuk Tawfiq untuk meraih ganjaran peribadi. Zeti merupakan gabenor BNM ketika itu. Adakah ini calon yang '”eminent'” yang bermaksub seseorang yang 'mulia' dan 'terbilang'?

3) Agenda berunsurkan subversif
Isu perlantikan majlis orang ternama ini sebenarnya telah dicadangkan oleh Tun Mahathir pada tahun 2008 di suatu perjumpaan di Hotel Singgahsana. Tun M telah mencadangkan pengisytiharan perlantikan Majlis Penasihat Kerajaan yang akan dipengerusikan oleh beliau. Ahli-ahli majlis ini memainkan peranan seperti Residen British dengan Raja-raja Melayu di mana segala hal pentadbiran dan ekonomi negeri perlu mendapat persetujuan Residen British terlebih dahulu. Dalam kata lain, Dato Seri Najib, selaku Perdana Menteri ketika itu akan dijadikan seolah-olah PM proxy dan Tun M menjadi de facto PM yang memerintah. Pada 2018, Tun M telah membuat pengistiharaan mengejut perlantikan Majlis Penasihat Kerajaan yang bakal diterajui oleh Tun Daim, yang tidak terkecuali dengan pelbagai skandal kewangan (cth PAREMBA, TIME.com).

Persoalannya adakah Majlis Penasihat ini akan secara tidak langsung menggantikan peranan Majlis Raja-raja? Atau adakah mereka ini memainkan peranan dalam mengenal pasti aset strategik negara yang boleh diswastakan bagi membolehkan pihak tertentu meraih keuntungan besar. Adakah wayang Malaysia berhutang Rm1 trillion ini bagi menghalalkan pinjaman yang mahu diambil dari Jepun? Adakah kerana umur Tun Mahathir sudah 93 tahun, beliau tidak peduli siapa yang perlu melangsaikan hutang yang dibuatnya dalam matawang Yen? Adakah membatalkan projek-projek dan kerjasama dengan negara China merupakan cara Tun untuk membalas jasabaik Amerika dan Jepun yang membantu Tun semasa pilihanraya lalu? Sedarkah Tun, dengan kejatuhan matawang Yuan dan pengukuhan USD dan YEN selepas ini akan menyebabkan beban hutang yang terpaksa ditanggung oleh rakyat akan menjadi lebih tinggi walaupun kadar bunganya rendah? Tun, mungkin fikir kami rakyat Malaysia ini “uneducated”, tapi kami bukan BODOH dan tidak boleh membaca hasrat Tun.

Penyalahgunaan kuasa dan perlantikan Penasihat Kerajaan yang bercanggah dengan Perlembagaan Negara


Oleh Lokman Adam

No comments:

Post a Comment