Legasi kasih sayang Dato Seri Najib Tun Abdul Razak kekal subur dihati rakyat

#MalaysiaMemilih

Saya masih ingat bagaimana kami di PPBM hairan kenapa gambar Mahathir belum diturunkan di Bangunan UMNO Malaysia ketika kami berjuang mendesak DSN melepaskan jawatan Presiden UMNO. PPBM beritahu saya, UMNO takut rakyat marah.

Sebenarnya jawapan itu salah. Jawapan yang sebenar adalah, UMNO selepas era Mahathir tidak mengamalkan politik dendam. UMNO selepas era Mahathir tidak lagi memenjarakan musuh politik atau menghukum kakitangan awam dengan bermaharajalela.

UMNO selepas Mahathir juga sangat hurmat dan santun terhadap Raja-Raja Melayu. Dewasa ini institusi Raja hanya sekadar lambang dan saya tidak terkejut jika selepas ini rakyat akan memaki hamun serta membaling botol minuman kepada Raja-Raja Melayu di tempat awam.

Itu tidak mustahil kerana Raja juga agak jauh dari rakyat berbanding pemimpin politik. Mungkin Raja perlu lebih kerap turun ke kampung supaya kasih sayang Raja kepada rakyat lebih harum di hati rakyat.

Raja perlu ada daulat dan harga diri. Raja tidak boleh diugut atau dipegang lehernya. Untuk rakyat melindungi Raja, Raja perlu lebih kerap memegang bahu rakyat. Ini boleh dilakukan atas kesedaran dan inisiatif pegawai-pegawai besar istana.

Sekarang, satu lagi isu baru adalah berkaitan usaha keras kerajaan PH yang mahu hapuskan legasi Dato Seri Najib Razak di hati rakyat. Jangan lupa bahawa kasih sayang rakyat itu bukan pada berapa ramai yang turun ke jalan untuk menjerit. Tetapi pada bilangan kerusi yang dimenangi UMNO berbanding PPBM.

97% bangsa Cina yang mendokong PH itu bukan kerana mereka sayang kepada Mahathir, tetapi kerana mereka tahu Mahathir akan membantu mereka. Ada beza antara sayang yang ikhlas dan sayang ada makna. Mahathir tidak memiliki kasih sayang sejati orang Melayu sepertimana yang dimiliki oleh DSN.

Ya Mahathir mungkin miliki penyokong fanatik Melayu, tetapi DSN miliki kasih sayang sejati dan abadi orang Melayu. Perlu ingat bahawa kasih sayang yang sebenar hanya lahir dari hati yang tidak berpura-pura. Manusia mungkin hidup dengan wang, tetapi apabila mereka pulang kepada pencipta, mereka hanya bawa hati bersama mereka.

Kerana itu orang Melayu berikan 55 kerusi kepada DSN dan hanya 12 kepada TunM. Mahathir perlu belajar untuk terima kenyataan ini. Walau Mahathir penjarakan DSN dan DSR seribu tahun, kasih sayang rakyat akan ditiup di hati mereka oleh Allah yang Maha Benar. Lainlah jika Mahathir percaya kasih sayang itu boleh dibeli dengan wang.

Mahathir perlu sedar walaupun hanya 9 tahun berkuasa, DSN berjaya bina projek Pengerang, LRT1 dan sambungan LRT2, KLIA2, MRT, Pan Borneo Highways, UTC serta projek-projek CSR nya. Itu lah legasi DSN.

Mahathir boleh arahkan supaya buku-buku tentang DSN dibakar atau logo 1Malaysia ditanggalkan di semua tempat tetapi legasi pentadbiran kasih sayang yang begitu banyak di era DSN tidak akan hilang.

Legasi kasih sayang Dato Seri Najib Tun Abdul Razak kekal subur dihati rakyat


AS


Author:

Facebook Comment