KL Seremban Express Way: Teresa Kok penipu besar mengenai pemansuhan tol!!

Belum 100 hari kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah negara, sudah pelbagai alasan yang diberikan kepada rakyat mengenai kesukaran menunaikan janji yang terkandung dalam manifesto mereka.

Dalam masa sama, PH juga dilihat cuba melakukan apa sahaja untuk mengambil kredit terhadap sesuatu perkara yang bukan merupakan usaha mereka.

Di laman Facebook, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok didakwa cuba mengelirukan rakyat apabila mengakui bahawa pemansuhan tol di di jajaran Kuala Lumpur – Seremban Expressway dan Salak Expressway adalah salah satu janji yang ditunaikan PH.



Kenyataan tersebut kemudiannya ditempelak Ahli Exco Pemuda PAS, Nurul Islam Mohd. Yusoff yang mengingatkan orang ramai bahawa tol yang dihapuskan di lebuh raya berkenaan pada 1 Jun tempoh hari bukanlah hasil usaha kerajaan.

Sebaliknya, bayaran tol dimansuhkan disebabkan oleh kontrak konsesi yang telah tamat pada jam 12 malam, 31 Mei lalu.

“YB @teresakok, jangan claim sesuatu yang bukan usaha anda. Tol Kuala Lumpur – Seremban Expressway dan Salak Expressway dihapuskan bermula 1 Jun 2018 bukanlah jasa kerajaan PH.

“Ia dihapuskan kerana kontrak konsesi tamat pada pukul 12 malam 31 Mei 2018,” ujar Nurul Islam di laman Twitter miliknya.

Pada 31 Mei lalu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengumumkan tiada lagi kutipan tol di kedua-dua jajaran lebuh raya itu bermula 1 Jun 2018 seiring dengan penamatan tempoh konsesi jajaran berkenaan.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, LLM berkata, bayaran tol di semua laluan keluar dan masuk di Plaza Tol Sungai Besi dikurangkan di antara 50 peratus hingga 1 peratus (di antara RM 0.40 hingga RM1.70).

Penamatan tersebut memberi manfaat kepada hampir 130,000 kenderaan yang menggunakan plaza tol berkenaan setiap hari dan disebabkan itu juga, terdapat penyokong PH yang bertindak memuji kerajaan kerana dikatakan berjaya menunaikan janji.

Menurut Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Eric See-To, operasi tol yang bermula ketika zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir bersama BN sememangnya tamat pada jam 12 tengah malam tadi.

“Kedua-dua konsesi itu yang berada di bawah syarikat ANIH Bhd. dan tidak pernah dilanjutkan tempoh konsesi oleh kerajaan BN ketika di bawah kepemimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi serta Datuk Seri Najib Tun Razak

“Justeru, penyokong kerajaan tak payah ‘perasan’. Mereka patut terus tuntut PH untuk menghapuskan segala tol di Malaysia seperti dijanjikan dalam manifesto PH untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14),” katanya dalam satu kenyataan tempoh hari.

Dalam pada itu, tindakan Teresa yang mendakwa bahawa pemansuhan tol berkenaan merupakan salah satu janji yang ditunaikan kerajaan PH ternyata tidak benar sama sekali.

Nampaknya, sindrom ‘syok sendiri’ oleh pemimpin dan penyokong  PH ini masih tidak boleh dibendung sejak kemenangan mengejut mereka pada PRU-14 yang lalu sedangkan masih banyak janji yang belum ditunaikan

Rujukan:

#FaktaBukanAuta
#RinduZamanNajib 
#ManaDuitForex





Author:

Facebook Comment