Jadi insan bertakwa, kembali kepada fitrah - Agong - Randau Sarawak

Breaking

Friday, June 15, 2018

Jadi insan bertakwa, kembali kepada fitrah - Agong

INSTITUSI raja khususnya Yang di-Pertuan Agong dalam amalan Raja Berperlembagaan tidak boleh diambil mudah dan diperbuat sesuka hati kerana ia dinyatakan secara terang dalam Perlembagaan Persekutuan.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V bertitah, perkara itu perlu diambil berat oleh semua pihak dan tidak mengikut budaya masyarakat Barat yang tindakannya bersandarkan emosi tanpa memikirkan kesan buruk dan baiknya kepada negara.

“Institusi Yang di-Pertuan Agong pada hemat beta sewajibnya, bukan sekadar diambil berat dari sudut simbol semata-mata. Ia adalah tanggungjawab amat besar apabila berlaku krisis dalam menstabilkan keadaan supaya tidak memudaratkan rakyat dan negara.

“Pada hemat beta, penggubal perlembagaan negara suatu ketika dulu memberikan isyarat dalam perlembagaan secara tersurat, namun yang perlu lebih difahami adalah perkara tersirat.

“Itulah dia tata sopan dan susila diasuh nenek moyang kita supaya difahami dan diamalkan dengan berhati-hati,” titah baginda menerusi perutusan Aidilfitri yang disiarkan secara langsung menerusi RTM, malam tadi.

𝗠𝗲𝗺𝗲𝘁𝗶𝗸 𝘀𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗮𝗹-𝗛𝘂𝗷𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗮𝘆𝗮𝘁 𝗲𝗻𝗮𝗺, 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗺𝗲𝗻𝗶𝘁𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗺𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗲𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 ‘𝘁𝗮𝗯𝗮𝘆𝘆𝘂𝗻’ 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗹𝗶𝘁𝗶 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗮𝗻 𝘁𝗮𝘁𝗸𝗮𝗹𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗽𝗶𝘀 𝘀𝘂𝗮𝘀𝗮𝗻𝗮 𝗸𝗲𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸𝗰𝗲𝗹𝗮𝗿𝘂𝗮𝗻.

𝗕𝗮𝗴𝗶𝗻𝗱𝗮 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗶𝘁𝗮𝗵, 𝗵𝗮𝗹 𝗶𝘁𝘂 𝗯𝗲𝗿𝗱𝗮𝘀𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗶𝘀𝗮𝗵 𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗷𝗮𝗸 𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗱𝘂𝗹𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝗶𝗿𝗮𝗵 𝗮𝗻𝗯𝗶𝘆𝗮 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝘀𝗶𝗹𝗮𝗽 𝗽𝗲𝗿𝗰𝗮𝘁𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿𝗻𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗿𝘂𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗮𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝘁, 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗶𝗻 𝗺𝗲𝗹𝗲𝗻𝘆𝗮𝗽𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗹𝗲𝗴𝗮𝘀𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗯𝗶𝗻𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘀𝗲𝗸𝗲𝗹𝗶𝗽 𝗺𝗮𝘁𝗮.

“Ia mustahil mampu dibaiki lagi dalam masa yang singkat, malah barangkali tidak untuk selama-lamanya.

“Justeru, ingatlah bahawa masyarakat Melayu Islam khususnya akan hanya kekal jika bersendikan adat dan bertunjangkan syarak.

“Sempena menyambut kemuliaan lebaran ini, beta titahkan satu pesanan yang bermakna daripada raja kepada rakyat, selain buat negara yang dikasihi.

“Beta harapkan semoga dengan tarbiah madrasah Ramadan selama sebulan mampu menjadikan kita insan bertakwa dan kembali kepada fitrah, yang bakal melahirkan modal insan berkualiti tinggi serta berintegriti untuk memacu reformasi ke arah negara maju.

“Makmur dan mendapat pengampun Allah hendaknya,” titah baginda.

Baginda turut mengingatkan seluruh rakyat untuk terus mengekalkan perpaduan dan keharmonian dengan menghulurkan salam kemaafan, selain menyuburkan budaya mengunjungi sesama insan bagi mengeratkan ikatan silaturahim.

“Semoga Aidilfitri kali ini memberi makna dan impak besar kepada kita dalam melaksanakan tugas sebagai hamba dan khalifah di bumi Allah,” titah baginda.

Jadi insan bertakwa, kembali kepada fitrah - Agong

No comments:

Post a Comment