Empat Kenyataan Kerajaan PH Membimbangkan - Randau Sarawak

Breaking

Saturday, June 2, 2018

Empat Kenyataan Kerajaan PH Membimbangkan

UMNO hari ini menyatakan kebimbangan dengan empat kenyataan yang dikeluarkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) minggu lalu dan rakyat harus sedar mengenainya.

Kenyataan Unit Komunikasi Strategik parti itu menegaskan, berubah kepada kerajaan baru yang rakyat mahukan tidak bermakna rakyat perlu membiarkan diri hanya menjadi pak turut saja.

“Kita perlu ada harga diri dan bukan seperti kerbau yang dicucuk hidung,” ujar kenyataan itu.

Berikut empat kenyataan kerajaan PH yang membimbangkan:

1. Tun Dr Mahathir Mohamad : Jangan risau sekiranya taraf kredit Malaysia diturunkan.

Mengapa kita perlu bimbang: Penurunan peringkat penarafan kredit akan membawa pelabur asing keluar dari pasaran saham dan pasaran bon Malaysia. Ini akan meningkatkan kadar faedah dan kos pembayaran balik hutang negara akan meningkat sebanyak RM 10 bilion setahun, manakala rakyat biasa akan menghadapi dengan kadar faedah yang lebih tinggi.

2. Lim Guan Eng: Hutang negara kita sekarang adalah RM 1 trilion.

Mengapa kita perlu bimbang: Ini adalah kenyataan politik dan tidak benar. LGE menyatakan hutang rasmi bersama-sama dengan pembayaran pajakan dan liabiliti luar jangka – satu langkah yang tidak mematuhi piawaian antarabangsa dan tidak tepat. Bukan sahaja ini akan menakutkan pasaran kewangan yang telah menyumbang kepada pasaran saham yang jatuh merudum selama beberapa hari pada akhir dan kelemahan Ringgit Malaysia, malah boleh digunakan sebagai alasan bagi Kerajaan PH untuk tidak menyampaikan janji manifestonya.

3. Tun Dr Mahathir Mohamad: Keputusan membatalkan projek HSR adalah muktamad. Rakyat Singapura sudah meluat dengan Kerajaan PAP mereka.

Mengapa kita perlu bimbang: Projek HSR adalah salah satu sebab mengapa agensi antarabangsa meningkatkan ramalan pertumbuhan KDNK. Membatalkan projek ini mungkin bermakna ramalan pertumbuhan KDNK akan diturunkan, menyebabkan lebih ramai pelabur menarik balik perancangan mereka untuk melabur di Malaysia.

Kenyataan konfrontasi terhadap Singapura dan kekurangan rasa hormat secara tidak sengaja membatalkan HSR menerusi sidang akhbar tanpa memaklumkan Kerajaan Singapura terlebih dahulu hanya akan membawa kepada dasar yang tidak baik oleh Singapura – memberikan kesan negatif kepada rakyat Malaysia yang bekerja di sana atau membuat dasar perdagangan yang merugikan kita.

4. Tun Daim Zainuddin.  Tidak ada gunanya mempunyai pertumbuhan   10%. Harga yang lebih rendah adalah apa yang rakyat mahu.

Mengapa kita perlu bimbang: Nampaknya kerajaan bersedia untuk mengorbankan pertumbuhan KDNK untuk kos sara hidup yang rendah. Pertumbuhan KDNK memperluaskan ekonomi dan memperluaskan peluang bagi kita semua. Pertumbuhan KDNK mencipta pekerjaan dan menimbulkan pendapatan. Adakah kita benar-benar mahu mempunyai gaji yang rendah dan pekerjaan yang lebih rendah sebagai balasan untuk kos sara hidup yang rendah? Bukankah ini masalah sebenar Malaysia ketika Dr Mahathir bersara sebagai PM pada tahun 2003?

Rakyat harus sedar tentang apa yang berlaku di negara kita. Berubah kepada kerajaan baru yang kita mahukan tidak bermakna kita perlu membiarkan diri hanya menjadi pak turut saja. Kita perlu ada harga diri dan bukan seperti kerbau yang dicucuk hidung.

Akhirnya, keutamaan kita seharusnya kepada kuasa beli, pekerjaan, pelaburan, ekonomi dan masa hadapan yang dipertaruhkan – tidak kira siapa yang menjadi kerajaan.




#FaktaBukanAuta
#RinduZamanNajib 
#ManaDuitForex

No comments:

Post a Comment