100,000 peneroka Felda 'mengemis' duit raya - Randau Sarawak

Breaking

Monday, June 4, 2018

100,000 peneroka Felda 'mengemis' duit raya

#MalaysiaMemilih #FaktaBukanAuta #RinduZamanNajib

Dulu tak minta pun dapat, sekarang terpaksa mengemis.

Tradisi pemberian duit raya kepada semua peneroka seperti diamalkan kerajaan B­arisan Nasional (BN) amat diharap dapat diteruskan oleh Kerajaan Pakatan Harapan bagi membantu meringankan beban kewangan warga Felda untuk menyambut kedatangan 1 Syawal.

Apatah lagi, pendapatan kira-kira 100,000 peneroka Felda di seluruh negara juga tidak menentu ketika ini akibat kejatuhan harga sawit dan getah antaranya akibat faktor cuaca.

Peneroka Felda Jengka 22 di sini, Abd. Hamid Shafie, 60, berkata, pemberian duit raya kepada peneroka akan menunjukkan kerajaan sentiasa bersama warga Felda dalam apa juga keadaan sekali pun.

“Perbelanjaan pasti lebih daripada biasa berikutan persediaan menyambut Syawal tidak lama lagi. Ketika ini, hasil sawit agak merosot berikutan kesan cuaca panas.

“Tekanan semakin membimbangkan kerana harga sawit berada di bawah RM500 satu tan metrik,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, UMNO dilaporkan sekali lagi mendesak Kerajaan Pakatan Harapan supaya tidak menjadikan isu hutang negara sebanyak RM1 trilion sebagai alasan tidak memberikan bantuan hari raya kepada kumpulan yang se­ring mendapat manfaat itu daripada kerajaan terdahulu.

Sempena sambutan Aidilfitri tahun lalu, seramai 94,555 pe­neroka Felda di seluruh negara dilaporkan menerima insentif khas dan dividen Felda Global Ventures (FGV) sebanyak RM780 seorang dengan jumlah keseluruhan RM73.35 juta.

Sementara itu, Presiden Alumni Majlis Belia Felda Malaysia (AMBFM), Datuk Abdullah Abu Bakar berkata, kerajaan Pakatan Harapan diterajui Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad wajar menonjolkan imej dan kredibiliti yang lebih baik.

Beliau berkata, majoriti masyarakat tanah rancangan itu masih mengharapkan tradisi pemberian duit raya diteruskan kerana perbelanjaan mereka meningkat pada musim pe­rayaan.

“Pemberian duit raya akan diingati oleh masyarakat peneroka kerana budaya orang Melayu sendiri sangat mengingati orang yang berbudi serta berjasa,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, Peneroka Felda Dahlia Jengka 3, Mat Nayan Putih, 72, pula berkata, pembe­rian duit raya membolehkan ketua isi rumah berbelanja lebih sebagai persiapan awal hari raya.

“Masyarakat peneroka amat menghargai sumbangan duit raya bagi meringankan beban kami membuat persiapan menyambut Aidilfitri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Peneroka Jengka 6, Saharuddin Lela, 60, turut berharap kerajaan Pakatan Harapan dapat meneruskan tradisi pemberian duit raya kerana boleh membantu mengurangkan beban kewangan peneroka.

“Pemberian duit raya adalah pendekatan mesra bagi membantu peneroka menyambut Aidilfitri dengan lebih selesa,” katanya.



No comments:

Post a Comment